Monday, December 19, 2011

KALAULAH ALAM INI TANPA LELAKI

    Bayangkan alam ini tanpa wanita. kesemuanya adalah lelaki. tentu bosan. Dan bayangkan kalaulah alam ini tanpa lelaki. Kesemuanya wanita. Tentu lebih bosan. Apabila alam ini dipenuhi oleh lelaki dan wanita, bermakna hidup ini perlu dikongsi bersama. Semula jadinya lelaki memerlukan wanita dan semula jadinya wanita juga memerlukan lelaki. Kedua-duanya saling memerlukan. Menolak hakikat ini bererti menyalahi fitrah kejadian, menerima bermakna melengkapkan impian. Lantaran antara lelaki dengan wanita jauh berbeza, sudah tentu masing-masing perlu menjadikan diri masing-masing diperlukan jika ingin hidup bersama.
     Seekor kucing boleh menyesuaikan diri dengan manusia, mengapa tidak sesama manusia...??? Seekor kucing kena berusaha memahami manusia barulah dia akan diterima untuk hidup bersama manusia. Apabila kucing itu berbuat masalah dia akan dihalau keluar. Kucing terpaksa patuh pada semua peraturan rumah. Dia tidak boleh membuang air merata-rata, dia tidak boleh mencuri ikan dan dia tidak boleh berbuat bising tidak menentu. Kalau buat juga....... hehehehehe..... kena kurung laa atau pun kena buang .......(dihalau dari rumah).
    Begitu juga dengan manusia, untuk hidup bersama perlu cuba menyesuaikan diri. Tidak boleh ikut kepala sendiri sahaja. Semua yang tidak disukai oleh pasangan perlu dibatasi kalaupun tidak boleh dibuang semua. Jika ingkar lama-lama akan timbul bosan. Kalau bosan sudah tumbuh, sakit hati pun cepat datang. Perlu lihat hidup bersama sebagai detik perkongsian suka-duka, susah dan gembira. Semuanya dikongsi, dialami dan dinikmati bersama. Semua yang kita suka tetapi tidak disukai oleh pasangan berusahalah mengurangkannya. Usah buat kepala sendiri sahaja. Berkongsi hidup bermakna berani bertoleransi. Hidup akan jadi amat indah dan bererti jika saling memahami.
     Kalau haiwan boleh menjaga disiplin diri untuk hidup bersama manusia, mengapa manusia tidak boleh mendisiplinkan diri untuk hidup sesama mereka...???? Bukankah pelik........????? Manusia bercakaran dan hilang hemah, sedangkan masing-masing ada kebolehan untuk berkomunikasi serta menyatakan perasaannya untuk didengar dan difahami......????? Lebih penting manusia ada pegangan-pegangan tertentu dalam bentuk agama. Tidak cukup dengan itu manusia ada falsafah, mutiara kata, nasihat-nasihat yang berguna daripada para cendekiawan. Manusialah satu-satunya hidupan yang memiliki segala-galanya untuk memantau kehidupannya dengan sempurna tetapi kadang-kadang manusia tidak hidup sebagaimana seharusnya mereka. Jadilah manusia sebenar untuk benar-benar layak digelar manusia.

 * USAH TERLALU BERKIRA SUPAYA ANDA TIDAK TERLALU DIKIRA.

 * USAH ASYIK HARAPKAN ORANG MEMBERIKAN KATA-KATA SAYANG SEDANGKAN      ANDA LOKEK (KEDEKUT) SENYUMAN.

 * USAH KUAT MEMPERTIKAI TETAPI TERKADANG TERIMALAH DIA SEADANYA.

 * USAH TERLALU MENGIKUT KEHENDAK HATI TETAPI BERHATI-HATILAH SEWAKTU BERBICARA DENGAN HATI SEBAB DISITULAH DUDUKNYA SYAITAN.

* USAH TERLALU MENGHARAPKAN SESUATU YANG MUNGKIN TAK TERCAPAI DEK TANGAN TETAPI HARGAILAH APA YANG TELAH BERADA DALAM GENGGAMAN.

* USAH TERLALU MENGAGUMI PELANGI SEBAB IA HANYALAH ILUSI, TAPI KAGUMILAH DIRI SENDIRI SEBAB IA TENTU LEBIH BERERTI.

     Jalanilah hidup kita dengan tenang, bahagia, ceria dan gembira. Ambil semua elemen disekeliling kita sebagai booster kecemerlangan hidup. Usah lihat masalah yang timbul olehnya tetapi ambillah untung bersamanya. Hidup sentiasa indah bagi orang yang hatinya indah.......

No comments: