Sunday, December 18, 2011

awas anda mungkin 'gila' oleh cinta

                   Jika anda rindu, kawallah diri, jangan sampai terpamer pada wajah kusam. Jika anda terlalu cinta. kawallah diri, jangan terserlah melalui tindakan melampau. Jika anda terlalu sayang, kawallah diri, jangan sampai terbukti melalui pemikiran songsang.....
                   Jika anda terlalu rindu, cinta dan sayang, kawal diri jangan sampai dia bosan. Berpadalah padawaktu hendak menghubunginya, berpadalah pada waktu anda hendak menghantar SMS kepadanya, berpadalah tatkala menulis sesuatu untuknya.
                   Usah terlalu kerap menelefon. Ingat, situasi dia mungkin berbeza. Tatkala anda sedang resah digelut rindu, dia sedang berjuang di medan kecemerlangan. Dia mungkin sedang amat sibuk dengan pelajaran, dengan pelanggan, dengan kerja atau dengan keluarga. Usah terlalu kerap menghantar SMS bernadakan kecewa, resah atau gelisah. Usah terlalu kerap menelefonnya, sedangkan nyata panggilan anda tidak bersambut. Dia mungkin dalam situasi tidak boleh diganggu. Emosinya mungkin tercubit oleh SMS anda yang bertalu-talu itu. Usah terlalu kerap menghantar surat berjela-jela panjangnya. Dia tentu tidak ada masa untuk memikirkan hal anda selalu.
                   Tatkala anda rindu mungkin ketika yang sama dia tidak begitu. Berpada tatkala hendak menghubunginya. Baca pergerakkannya. Kalau awal pagi biasanya dia sibuk untuk memulakan tugas, usahlah mengada-ngada. Jangan minta dimanja pada waktu itu, dia akan bosan dan tertekan.
                   Anda dambakan ucapan sayang daripadanya, anda rindu hendak mendengar suaranya, tetapi tahukah anda apa situasi yang sedang dilaluinya...??? Dia mungkin ditengah medan mesyuarat. Atau sedang memikirkan satu keputusan yang berat. Jika panggilan anda tidak bersambut, bertenanglah dulu. Berikan tempoh sejam atau setengah jam. kemudian telefonlah balik. Jika dia masih tidak menjawab panggilan anda, fahami dirinya. Memang ada ketika-ketikanya kita tidak ingin diganggu.
                    Bukan tidak rindu, dia juga sebagaimana anda tetapi hambatan kerja, kadang-kadang memaksa kita kematukan diri. Fahamilah, sebab cinta, kasih dan sayang akan lebih indah oleh kefahaman. Di situ pun terletak proses perkenalan untuk mengenal dan membina keserasian. Jika anda gagal memahami kesukaan dan kebenciannya, sedangkan sudah dua tahun berhubung, anda bukanlah calon yang sesuai untuknya dan dia juga bukanlah calon yang sesuai untuk anda.
                     Benarlah kata orang, tatkala kita terlalu cinta, terlalu sayang dan terlalu rindu, kita akan terlupa untuk berfikir sebagaimana seharusnya. Fikirkan juga emosinya tatkala menerima warkah-warkah anda. Sekiranya dia tidak mengangkat panggilan anda, usah diulangi bertalu-talu. Dia tentu sedang sibuk dan tidak berupaya untuk melayani anda.
                      Cinta, sayang dan rindu itu perlu dalam proses membina perhubungan yang sempurna, tetapi ingatlah, kalau terlalu cinta, kalau terlau rindu dan kalau terlalu sayang, usah terlalu diturutkan kerana nanti tindakan-tindakan akan menjadi songsang. Ia mungkin mendatangkan benci, menyampah dan sakit hati. Kawallah diri dan bertindaklah sebagaimana manusia biasa. Manusia sentiasa belajar memahami orang lain, sebaliknya manusia luar biasa tidak kesah dengan perasaan orang.
                       Jika pasangan anda itu orang yang cemerlang, fahami dia tidak akan ada masa yang cukup untuk melayan anda serta merta. Berikan dia masa. Dia akan menghubungi anda semula apabila keadaan mengizinkan kelak. Bukan dia tidak sayang tetapi dia perlukan kefahaman. Hidup ini banyak kecemerlangan yang perlu digapai. Kesemuanya menuntut kesungguhan. Cinta, kasih dan sayang itu dijadikan booster kekuatan untuk mencapai kejayaan. Hidup akan lebih indah kalau orang memahaminya.
                       Cinta memang menggilakan. Tetapi harus ingat, kita tidak perlu gila sewaktu bercinta. Cinta adalah resmi kehidupan, ia pemangkin kepada kecemerlangan. Usah bercinta jika cinta hanya akan menjadikan anda bagaikan tidak siuman................

No comments: