Tuesday, December 6, 2011

HAJAR ASWAD BAKAL KEMBALI KE SYURGA

...seandainya ibubapamu marah padamu kerana kesilapan yang dilakukan olehmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman....

Hadith Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Allah SWT akan membangkitkan Al-Hajar pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi pada orang yang pernah mengucupnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadith Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Nikmatilah (pegang dan kucuplah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari surga dan setiap sesuatu yang keluar dari surga akan kembali ke surga sebelum kiamat”.

Mengkaji, mendalami dan berguru berhubung tafsir kandungan dua hadith tersebut maka TERBUKA RAHSIA SEBENAR HAJAR ASWAD ini. Mengerti serta fahamlah saya mengapa mencium Hajar Aswad menjadi impian dan hajjat besar hampir semua umat Islam yang sedang dan akan melaksanakan haji dan umrah di Masjid al-Haram. Rasanya hambar dan kurang lengkap jika cuma melaksanakan ibadah umrah dan haji tanpa mencium Hajar Aswad yang berada di salah satu sudut Kakbah ini!

Sebenarnya hasrat mencium Hajar Aswad yang sangat diyakini berasal dari surga ini bukanlah suatu perkara mudah kerana berjuta jamaah dari seluruh pelusuk dunia datang secara serentak dan membawa hajat yang sama di musim haji. Begitu padatnya, maka tetamu Allah SWT harus rela dan ikhlas untuk hanya boleh memberi ‘kucupan’ jarak jauh sembil melafaskan “Bismillah, Wallahu Akbar” kiranya tidak berpeluang menciumnya.

No comments: