Monday, December 19, 2011

hati.... (copy from erysa mikaeyl)

Hati itu kadang-kadang ibarat tanah lapang
Tumbuh lalang
Menjadi tempat permainan belalang
Gembira si anak-anak berlari-larian
Terkadang disapa kemuncup di hujung kekainan
... Lelah terduduk mencabuti dengan kesabaran

Hati itu juga kadang-kadang ibarat kertas
Terkadang ditulis juga diwarnai biar indah ditatap
Ada yang sudi menulis dengan coretan indah
Lalu dilipat erat disimpan kemas
Ada pula yang menulis dengan coretan kesedihan dan kekecewaan
Lalu direntas hingga berciciran dibawa angin berterbangan

Hati itu
Nilaiannya pada apa yang membawa makna rasa hati
Yang dilihat oleh yang Maha Memiliki
Andai terasa lemah mintalah Dia Kuatkan
Andai dilanda rasa indah bersyukurlah pada-Nya
Meminta dilindungi dari rasa tidak bertuhan
Andai pula dilanda kesukaran yang teramat
Mengadulah juga pada-Nya
Hanya kerana Dialah Yang Maha Memahami
Di saat tiada yang ingin cuba memahami
Apa yang terselindung di sebalik hati kerdil ini

No comments: