Saturday, September 24, 2011

MENGAPA WANITA MINTA DIPEDULI........

            salam wat semua... salam satu malaysia.....
hai semua..... sebuk ker..... mari mari semua kita bincang pasal topik hangat nie..... tentu ramai wanita yang suka agaknya..... hehehe
           apa yang sebenarnya dikehendaki oleh wahita daripada seorang lelaki...??? setelah kita memberikan segala yang dimahukannya.........?????? apa lagi yang kurang....????  sekiranya tanpa kasih dan sayang apakah seorang lelaki mengikut semua kehendak wanita berkenaan...???? 'dia ' inginkan kereta baru sudah dibelikan...... 'dia' ingin rumah baru dan besar sudah pun dibelikan..... bukankah itu bukti kasih sayang...???
           begitulah biasanya lelaki, direct to the point. tidak mahir menggunakan bunga2 bahasa untuk menyampaikan maksud,. lemah dalam mereka bait2 puisi untuk mengatakan tidak. apabila dia mahukan sesuatu dia akan terus katakan, apabila dia sudah tidak mahukannya lagi dia akan terus diam, tetapi tindakan - tindakannya melambangkan ketidakmahuannya itu lagi.....
            kebanyakan lelaki tidak pandai mempamerkan kasih sayang. baginya itu remeh dan tidak perlu pengulangan. untuk apa kata 'saya sayangkan awak', setiap hari sedangkan mudah untuk diduga sama ada masih sayang atau pun tidak. lelaki menganggap tidak perlu mengulang-ulang kata2 yang sama sedangkan wanita adalah sebaliknya. wanita amat mendambakan kata2 untuk benar2 percaya dia disayangi, diberikan perhatian serta dlm mood dicintai. bagi lelaki, satu2 ungkapan yang telah diucapkan, selagi perkataan lain yang memangkah, terimalah kata2 yang pertama masih kekal disitu. tidak perlu pengulangan sebab ia remeh......
            apabila anda mengatakan apa lagi yang dimahukan oleh seorang wanita setelah segalanya diberikan untuknya....... kereta baru, rumah besar... mungkin emas, intan dan permata....... sebenarnya wanita memerlukan perhatian jauh lebih besar daripada apa yang anda sebutkan itu........
            ya.... PERHATIAN....
            seorang lelaki pada suatu hari terpaksa merantau jauh dengan meniggalkan tunangnya di tanah air. "jangan menangis, saya akan menghantar surat dan sms untuk awak setiap hari," janjinya.
            benar, dia menunaikan janjinya. setiap hari dia akan menghantar sms. pada mulanya panjang lebar, kemudian menjadi semakin ringkas dan adakalanya sms yang dulu dihantarnya kembali. surat semakin jarang dihantar, malah adakalanya hingga beberapa bulan lamanya. nyata dia sebuk atau merasakan perbuatan seperti itu lebih kepada membazirkan masa dan wang. apa yang pernah diperkatakannya tahun lepas masih sama, jadi tidak perlu pengulangan mahu pun penegasan.
            dengan anggapan bahawa tunangnya memahami situasi berkenaan, akhirnya lelaki berkenaan semakin culas untuk menghantar apa2 juga mesej. setelah beberapa tahun, suatu hari dia menerima sekeping kad jemputan kahwin daripada tunangnya itu. berkahwin???? dengan siapa???? dengan posmen yang selalu menghantar apa2 surat untuk tunangnya selama ini.
            wanita memerlukan perhatian. mereka mungkin tidak dapat dipisahkan dengan kebendaan, namun perhatian jauh mengatasi dalam keadaan2 tertentu. apabila anda cuba hidup bersama wanita, anda kena 'menjadi' wanita, cuba memahami perasaan dan keinginannya...... jika anda mahukan keseluruhan wanita yang anda cintai itu, anda kena sentiasa bertindak seolah-olah anda sentiasa berada disisinya. ia mungkin leceh sikit tetapi begitulah wanita. jika anda ingin menundukannya anda perlu tahu apa yang sebenarnya diingininya......
            usahkan wanita, bunga pun begitu..... emak saya amat berminat dengan bunga... dihadapan rumah kami terdapat beberapa batang poko bunga kertas.pada setiap pagi dan petang emak akan duduk dihalaman memerhatikan bunga2 berkenaan. emak saya cukup memberikan perhatian untuk bunga2 ini. bukan sahaja pokok2 bunga ini mengeluarkan bunga yang lebat dan berterusan, ia juga mengeluarkan bunga2 yang berlainan warna apabila emak saya 'mengahwinkannya'. pada sebatang poko bunga merah ada bunga putih, unggu, kuning, bahkan belang2.
            malah saya sendiri selalu dihubungi wanita berstatus isteri orang..... apabila saya bertanya mengapa hampir setiap hari menalifon saya..... kata mereka sekadar untuk merasakan saya masih mengingati mereka... dalam kata lain, untuk mendapatkan perhatian..... mengapa hal seperti ini terjadi...???? mungkin si suami gagal bertindak sebagaimana seharusnya seorang lelaki yang memahami hati seorang wanita....
           akhir kata , jika anda mahu 'memperhambakan' wanita, maka perhambakanlah diri anda kepadanya, nescaya dia akan lebih hamba daripada diri anda sendiri....... cuba lah....... kalau nak tau laa....... sering bg perhatian kepada mereka.... anda x rugi..... keuntungan sentiasa berada dipihak anda..........

1 comment:

fasarashid said...

wanita inginkan perhatian dan kasih sayang :)