Monday, September 26, 2011

BILA HATI TIBA-TIBA TERUSIK........ TERPANGGIL UNTUK MENULIS SESUATU........

                Salam wat semua..... hari nie aku x masuk kelas.... masih x der pengganti pensyarah aku yang masih dalam pantang...... so, aku hanya layan fb jer dan chat ngan mama ku maria..... banyak yang kami bicara... (sebenarnya mama lah yang banyak bicara dan bercerita... aku hanya jadi pendengar yang setia yang hanya sesekali menyampuk... hehehehe...... kalau dia baca atau pun anak dia baca nie ... mesti kata kat aku macam-macam....) hmmmmm panjang juga la intro aku nie..... anyways...... sapa yang nak layan baca silakan...... layannnnnn.....                
                "Bila begini terasa diri tak bernilai, bila begini terasa segalanya kian terlerai dan bila begini aku ingin pergi agar dirimu bahagia." ini bahasa orang bercinta, bahasa merajuk, membawa diri dan minta dipujuk. Bahasa ini indah untuk mereka yang sedang digelut nikmatnya bercinta. Dalam alam percintaan apa saja menjadi indah, seronok dan menarik.sesuatu yang menyakitkan pun kadang-kadang tidak terasa sewaktu bercinta. berjemur di tengah panas atau basah ditimpa hujan itu semua indah bagi orang bercinta. Berkongsi air dalam gelas dan straw yang sama itu malah lebih indah dan mengesankan.
                 Bahasa orang bercinta penuh dengan menduga. Sekadar menduga dan memancing dengan kata-kata ala-ala merajuk. Menanti beberapa saat, kemudian membaca mesej yang diterima, membaca dengan senyum, lega dan puas. Itu alam orang bercinta, alam yang serba indah dan menarik. Langit nampaknya tidak pernah kedam, udara rasanya tetap bersih. Nafas pun tidak pernah tersekat-sekat.
                Tetapi andainya bahasa seperti itu tiba-tiba muncul dalam minda anda sedangkan anda sudah boleh dikategorikan sebagai tua, anak juga sudah rammai dan besar-besar pula, apakah yang boleh anda tafsirkan perasaan anda itu...???? Memang aneh, kalau ini kembali berlaku pada diri anda. Dahulu telah pun dilalui, kini datang lagi. Eh, apa sudah jadi dengan perasaan aku..??? Kenapa tiba-tiba jiwaku rasa bergetar..?????
                Aneh sungguh perasaan ini. Kenapa tiba-tiba ia tidak selari dengan usia yang sedang dilalui...???? Kenapa tiba-tiba ia muda dan mengada-ngada..??? Pernahkah anda alami begini..??? Tiba-tiba hati bergetar melihat seseorang dan tidak boleh tidur asyik terkenangkannya..??? Sedangkan anda bukanlah anak remaja tetapi orang dewasa. Bukan setakat dewasa, malah telah bergelar ibu, ayah, datuk atau nenek.
                Itulah hakikat cinta....... Ia tidak pernah tua bersama usia. Hati manusia tetap mekar dalam bibit-bibit cinta. Seseorangyang kita terpisah lama, apabila suatu hari terserempak, hati kita tetap bergetar sebagaimana ia bermula. Tiba-tiba seolah-olah ada magnet yang mengaktifkan perasaan kita hingga bangkitlah semua kenangan bersamanya dahulu..... Itulah cinta...... suasana ajaib yang tidak pernah cukup perkataan untuk mentafsirkannya...... Rasa ini akan membibitkan bait-bait puisi yang indah untuk dihayati.....
                 "Tahukah anda, bila kita sayangkan seseorang kita tak perlu mengalah, kecewa, putus asa kerana perasaan yang lahir adalah anugerah kerana kita takkan sayang senua orang dalam hayat kita, mencintai dan menghargai tanpa rasa yang wujud dihati kecuali dia yang menggetarkan jiwa". Kata-kata ini mungkin terbit begitu saja, bangkit tidak semena-mena, timbul dalam minda anda..... Ehh..... mengapa nieee....????
                  " Sejauh kita kian terasing, sering kaki melangkah, senafas nadi rindu, sedetik saat beredar, sejuta rindu meruntun, sesaat kita terpisah, bercambah kasih dan sayang takkan terlerai biar seribu tahun." Anda tentu pelik dengan keupayaan secara tiba-tiba ini. Ia luahan hati, sesuatu yang meronta-ronta dalam sanubari minta dilepaskan. Usah hairan, Ia biasa. Apabila perasaan terasa bergetar dengan sendirinya hati tenggelam dan hanyut, minda akan mencairkan patah-patah kata untuk diluahkan, lahirlah apa yang bernama bait-bait cinta.....
                     Sesuatu yang hanya bergetar dihati, berlegar dalam fikiran tetap biasa selama tidak direalitikan dalam bentuk perbuatan dan tindakkan. Apabila ia menolak anda untuk berbuat dan bertindak yang menyalahi peradaban orang beragama ia bukan lagi biasa......

No comments: