Tuesday, September 20, 2011

khas buat perempuan dan wanita........

               ermmm...... salam satu malaysia...... dah lama kut x wat pa.per...... ari terasa nak mengomel dan menulis semula..... sari dua nie ada masa sikit..... pensyarah aku masok doc...... dapat anak lelaki....... okeh .....mari kita mulakan menari-nari kan jari yg dah lama x menaip ...... he he he
               tajuk ari nie khas buat mereka adalah kerana aku sangat sayangkan mereka........ memilh lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilh baju untuk hadir ke majlis hari jadi. jika baju, x suka yang nie, pilih saja yang tu. kalau warnanya seperti x match, pilih saja warna yang lain. bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi...??? persoalan nie memang patut menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi amat tidak selesa. macam-macam perkara boleh ditimbulkan oleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. tidak semudah menukar baju jika ingin lari daripadanya. malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.....
                jika anda mendapat lelaki yang okey dan ideal dari segala segi, anda sangat beruntung..... hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan.... tetapi jika anda mendapat lelaki yang x okey dar segala segi, ibarat anda telah menghampiri 'neraka dunia'.... cuba anda ikut langkah-langkah ini apabila anda ingin memilih lelaki......

BAGAIMANA AGAMANYA
                jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama terutama sembahyang fardhu, usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya tetapi tanpa haluan menuju ketuhanan.... dia bukanlah pilihan terbaik.....
                betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat..... dalam soal ini... tiada siapa pun yang terkecuali......

BAGAIMANA DIA MELAYANI IBU BAPANYA
                 seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. anda boleh lihat dengan jelas akan hal nie..... jika dia menangguhkan pulang ke kampungnya semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man, lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan...... seorang lelaki yang mengambil berat tentang ibu dan bapanya adalah seorang yang boleh diharap.....

 BAGAIMANA DIA BERKELAKUAN SEWAKTU BERSAMA ANDA
                 jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan 'tidak boleh' sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik. cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang yang membawa kemurkaan TUHAN....... ramai wanita silap dalam mentafsir pengorbanan cinta. berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati tetapi tidak usah hingga terkorban diri........ ingat, 'wanita ibarat rama-rama..... selagi warna sayapnya tidak terurai........ selagi itulah dia diminati dan disayangi'.......

 BAGAIMANA KELUARGA MELAYANINYA     
                  jika boleh dapatkanlah latar belakang keluarganya..... keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda..... perhatikan juga bagaimana keluarga melayaninya..... jika keluarga baik terhadapnya.... itu menandakan dia juga baik terhadap keluarganya......

SIAPA SAHABATNYA
                  untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya...... sahabatnya adalah cermin untuk dirinya.... jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. sebaliknya, jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak, dia juga mungkin tidak terkecuali.....

 APAKAH KEGIATAN HIDUPNYA
                  lantaran, jika dialah pilihan anda dan memutuskan untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya.... maksud saya...... perlu ambil tahu tentang pekerjaan, kegemaran serta wawasannya..... ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa jua kegiatan hidupnya..... apa kegemarannya...... juga apa wawasannya........ pastikan dia mempunyai pekerjaan, tidak semestinya makan gaji, perniagaan juga baik..... pertanian, perladangan, penternakan, juga perikanan adalah baik..... semua itu bidang pekerjaan yang mulia...... ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan, kemudian menanggung derita setelah berkahwin.... apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemals bahkan penagih dadah...... sukailah dia dan sukailah pekerjaannya...... selagi halal.... adalah mulia di sisi TUHAN.....

 LIHATLAH DIRI ANDA SENDIRI
                lihatlah diri anda sendiri.... bagaimana lelaki yang anda inginkan begitulah diri anda sebenarnya..... jika anda memiliki akhlak yang baik..... dia semestinya juga begitu..... jarang orang yang tidak sama peribadinya boleh menjalinkan hubungan yang intim dan penuh persefahaman......

 SEMAKLAH DIRINYA BERPANDUKAN FORMULA 3E
                 ada 3 pecahan daripada formula 3E yang boleh anada sesuaikan dengan peribadi dan perwatakannya..... lihat sifat-sifat semula jadi serta perwatakan negatif dan positif melalui bulan kelahirannya.... misalnya jika dia dilahirkan pada bulan mac, biasanya ( x wajib betul dan harus salah ) dia seorang yang mudah merajuk, seorang perasa, baik, sensitif, romantik, tahu membalas jasa, bijak, boleh menyelesaikan masalah orang, penyayang serta setia apabila bercinta....... negatifnya dia seorang yang suka berangan-angan dan kadang-kadang sangat pemalas.....
                 pengetahuan anda terhadap perwatakan-perwatakan begini memudahkan anda mengenali sifat-sifatnya...... rumah tangga akan lebih mudah dilayari dalam keadaan anda mengetahui perwatakan 'KAPTEN'...... mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta, kasih dan sayang..... mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan institusi keluarga setelah berkahwin..... LELAKI BAGAIMANAKAH YANG ANDA INGINKAN...???? PILIH, KEMUDIAN TAFSIR, RENUNG DAN FIKIR.... USAH SUKA, TERUS AMBIL ..... KEMUDIAN KAHWIN LALU MENDERITA..... ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.....

No comments: