Tuesday, June 14, 2011

bagaimana memelihara kecergasan minda kita

                    Ahlan wasahlan wa marhaban bikum. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.W.A. dan keatas sekalian keluarga Baginda. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurnia serta rahmat Nya sekali lagi kita berjaya diketemukan.......
                    yooo...... what's up blogers semua........ ada apa2 yg terbaru ker yg aku x tau......????? hmmmmm....... tentu semua hairan kan...???? ya laa sapa yg x heran kalau intro cam dah ala2 Ustaz sikit.... heh heh heh....... sekali sekala beb...... mana laa tau suatu hari nanti kena jd pengacara atau pengerusi majlis... x kan la nak what's up what's up jer..... betul x....???
                     ok lah tu... merapu jer kerja aku an..??/ hmmm bercakap pasal kaunseling........ aku rasa cam nak kongsi satu ceritera kaunseling yg aku ikut sebagai pembantu...... ( sebenarnya kaunseling bapa aku yg buat..... terpaksa laa ikut....) tajuknya menarik..... "BIMBINGAN PELAJAR --- BAGAIMANA MEMELIHARA KECERGASAN MINDA KITA". ok ..aku nak start cerita laa nieyh..... tp jangan jemu tau..... panjang laa sikit.... kaunseling... biasa laa....
                      Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya cemerlang, berjaya dan menempa nama dipersada pendidikan. Bermula dari hari pernikahan, sepasang mempelai berusaha melahirkan seorang anak yang genius. Antara kemuliaan dan keistimewaan manusia berbanding makhluk lain yang diciptakan Allah s.w.t. ialah manusia telah dikurniakan AKAL. Dengan akal, manusia boleh membezakan yang baik dengan yang buruk. Manusia juga dapat memimpin dan mentadbir dunia ini dengan mencipta kemajuan dan membina tamadun diatas muka bumi ini.
                       Kekuatan akal juga membolehkan manusia membongkar segala khazanah yang ada didalam lautan yang terdiri daripada ikan, mutiara, berlian, minyak, bahan galian serta bermacam-macam lagi termasuk menghasilkan kapal yang bergerak dipermukaan laut serta mencipta kapal selam yang mampu bergerak didasar lautan. Akal juga membolehkan manusia mengusai ruang udara hingga ke angkasa lepas.
                       Memandangkan akal begitu penting dan besar sekali kegunaannya untuk kehidupan di dunia dan akhirat, maka adalah menjadi kewajipan manusia memeliharanya dengan sebaik-baik agar tidak rosak. Di samping memelihara, manusia juga dituntut menyuburkan akal melalui kaedah perubatan, pemakanan, ibadah, riadah dan lain-lain lagi. Sekiranya akal tidak dipelihara dan tidak disuburkan serta digunakan untuk tujuan kemungkaran dan kerosakkan akhirnya manusia akan digolongkan sebagai makhluk yang lebih hina dari haiwan.
                        Akal yang sihat seharusnya digunakan untuk tujuan mengenal pencipta manusia, mendapatkan nikmat IMAN, membentuk akhlak yang mulia dan memakmurkan bumi Allah dengan ilmu yang bermanfaat untuk kesejahteraan di dunia dan akhirat. Menurut Imam Al-Ghazali, seorang pemikir Islam, katanya " akal adalah mengetahui hakikat sesuatu, alat untuk menangkap dan mendapatkan maklumat atau ilmu yang terdapat dalam perbendaharaan hati ".
                        Makan minum adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan otak. Diantar petua menjaga minda dalam makan minum ialah terbahagi kepada dua ketagori iaitu makan minum yang merosakan otak dan makan minum yang membina otak manusia.
1. Beberapa makanan dan minuman yang merosakan fungsi otak termasuk lemah berfikir dan kelupaan ialah:-
        * Sering makan makanan atau buah-buahan yang masam yang tinggi kandungan asidnya seperti epal hijau.
        * Memakan bawang besar secara mentah.
        * Ketagihan rokok, candu, ganja, tembakau dan dadah.
        * Memakan dan meminum dengan terlalu kenyang, menyebabkan malas dan menggelapkan akal.
        * Sering makan organ dalaman binatang seperti hati, limpa, perut, jantung dan lain-lain lagi.
        * Memakan makanan sisa haiwan perosak seperti lalat, lipas,semut, tikus dan lain-lain lagi.
        * Banyak memakan makanan ringan yang tinggi kandungan bahan perasa seperti Monosodium Glutamate (MSG ) dan bahan pengawet.
        * Meminum minuman bergas kandungan gula yang tinggi yang tidak baik untuk kesihatan.
        * Sering makan kepala ikan terutama bahagian pipi dan otaknya.
        * Memakan makanan atau minuman sisa orang lain atau sisa binatang.
        * Memakan makanan dan minuman lama atau basi.
        * Meminum minuman keras.
2. Beberapa makanan dan minuman yang dapat meningkatkan fungsi otak dan meningkatkan daya ingatan:-
        * Memakan dan meminum makanan dan minuman yang halal.
        * Sentiasa bersyukur diatas rezeki pemberian Allah s.w.t. kepada kita.
        * Makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.
        * Memakan makanan yang seimbang yang mengandungi 46 Nutrien yang diperlukan sel otak. Antara makanan minda termasuklah Madu, Spirulina, Halia, Susu, Buah Krismis, Kurma, Telur Puteh, Lobak Merah, Bunga Cengkih, Daun Pegaga, Buah Tin, Bawang Putih, Gingko Biloba, Tembikai, buah-buahan dan sayur-sayuran.
                        Semoga usaha kita semua mendapat keredhaan Ilahi
                    

No comments: