Tuesday, June 14, 2011

KESAN PEMANASAN GLOBAL

               Ramai yang mengeluh apabila cuaca sekarang yg semakin panas. Kepanasan matahari semakin terik terutama pada tengahari. Penebangan hutan secara tidak terkawal, pencemaran industri, penggunaan bahan bakar fosil secara berleluasa dan pelepasan gas rumah hijau antara contoh 'kerosakkan' yang dilakukan manusia hingga memberi kesan terhadap bumi.
               Berdasarkan laporan Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim ( IPPC ), suhu dunia di ramal meningkat daripada 1.1 darjah Selsius kepada 6.4 darjah Selsius antara 1990 dan 2100.Jika ramalan itu menjadi kenyataan, bumi akan menjadi semakin panas dalam tempoh seabad lagi dan mungkin tidak selamat lagi.
               Ini berikutan pemanasan global mempunyai banyak kaitan dengan pelbagai bencana alam. Kenaikan suhu itu boleh mencairkan ais di Kutub dan menigkatkan paras air laut.
               Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid, dilaporkan berkata secara kasar. Scenaria  pemanasan global dijangka meningkatkan suhu 4.5 darjah Selsius dengan pengurangan 10 peratus hujan, sekaligus mengurangkan kadar penerimaan air antara 13 peratus dalam musim tengkujuh dan 53 peratus musim kemarau.
               Peningkatan air laut pula mampu menghasilkan gelombang panas yang mengancam garis pantai dan struktur hakisan pantai, pemusnahanzon penampan paya bakau yang mengakibatkan kerosakan habitat asli serta kehidupan akuatik seperti ikan, ketam, udang, flora serta fauna.
               Senario pemanasan global turut menggiatkan kesan El Nino, terutama membabitkan kejadian kemarau dan banjir, El Nino akan mempengaruhi iklim dunia mengakibatkan sesetengah tempat kemarau dan sesetengah lagi banjir.
               Tren kejadian El Nino sejak 50 tahun kebelakangan ini menunjukkan sifat peningkatan suhu permukaan laut. Para pengkaji juga bimbang dengan pola kejadian El Nino yang semakin bertambah kuat dan tidak menjangkakan bila ia akan berlaku.
                Mufti Negeri Sembilan,Datuk Mohd. Murtadza Ahmad, berpendapat doa adalah persediaan terbaik dalam menghadapi apa jua ujian dari Allah seperti bencana alam.
                Katanya, Rasulullah membuktikan sendiri bahawa solat, doa dan dengan izin Allah masalah kemarau dan banjir dapat diatasi.
                 Menurutnya maksud Surah Al-Taghabun 64:11 iaitu " Tidak ada kesusahan ( atau bala bencana ) yang menimpa ( seseorang ) melainkan dengan izin Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya ( untuk menerima apa yang tidak berlaku dengan tenang dan sabar ); dan ingatlah Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu memberi kesimpulan nyata kepada umat Islam".
                  Katanya lagi, umat Islam perlu kembali mentaati agama dan menjauhkan maksiat. Melakukan ibadat berterusan dan banyak berdoa kepada Allah dalam menghadapi ujian.

No comments: