Thursday, June 16, 2011

PEMBINAAN KUALITI DIRI.......... MODEL DAN STRATEGI

TUJUAN HIDUP MANUSIA
'dari Allah manusia datang dan kepada-Nya manusia kembali' ..............................( Al-Quran )
'dan tidak Aku (Allah) jadikan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka itu menjalankan tanggungjawab diri kepada-Ku'............................................. (Al-Quran)
1. Allah s.w.t. adalah asal dan tujuan hidup manusia, kerana itu Allah s.w.t. semestinya menjadi pusat pandangan hidup manusia dan orientasi kejadiannya.
2.Orientasi kehidupan manusia haruslah dalam bentuk mendekatkan diri kepada-Nya demi memperolehi perkenan dan redha-Nya.
3.Sebagai muslim kita haruslah terus bergerak, dinamis, tidak kenal berhenti., sebab berhenti bererti menganggap diri kita telah mencapai kebenaran yang mutlak atau menemui ajal.

MANUSIA SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH
1.Dalam kontek menemui redha-nya, maka ruang lingkup kegiatan manusia begitu luas sekali, ia seluas nikmat dan rahmat yang diberikan-nya kepada manusia.
2.Sebagai hamba Allah tentu saja pengabdian kita yang seutuhnya terhadap Allah merupakan satu amanah yang mesti dan wajar dipatuhi dalam setiap masa dan ketika, zahir dan batin, melalui kerja-kerja kebajikan dan amal saleh.
3.Hadiah yang paling berharga kepada manusia ailah pengiktirafan Allah s.w.t. terhadap manusia sebagai Khalifah-Nya di muka bumi dan bertindak sebagai pemakmur alam sejagat.
4.Kegiatan kekhalifahan manusia tidak terbatas dan terpisah hanya di masjid dan surau sahaja dalam proses mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. (rujuk teladan yang ditunjuki Rasulullah s.w.a.- setiap detik kehidupan baginda adalah ibadah sama ada di medan perang, di pasar, di rumah, di masjid dan sebagainya).

POTENSI MANUSIA
1.FITRAH
*Sifat semulajadi, bakat pembawaan dan perasaan (rasa agama, rasa etika, rasa berbudaya, rasa intelek, rasa sosial, rasa diri sendiri dan lain-lain)
2.AKAL FIKIRAN
*boleh menyimpan maklumat dari seluruh perpustakaan di dunia.*Tidak pernah letih (yang letih perasaan).
*Boleh bergerak dari satu sel ke satu sel lain dengan kelajuan 300 km sejam.*Boleh menamakan benda. *Mengenal kualiti benda.*Memandang kehadapan.*Memahami makna.*Emosi dan perasaan.*Mempunyai sistem nilai (positif dan negatif).
3. DINAMIK
  *Manusia bertenaga dan berkekuatan serta mampu memberi penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan

ASAS MODAL INSAN
*Model Insan Mukhallaf adalah bertujuan untuk membentuk insan yang berorientasikan hari ini dan masa depan. Mereka menyiapkan diri untuk hari esok, sentiasa bermuhasabah diri, menilai diri dan bertindak demi kecemerlangan masa depannya.
*Kualiti dirinya berdasarkan motto"hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini"
*Insan yang faham bahawa mereka yang mempunyai pencapaian yang setara dua hari berturut-turut, sebenarnya adalah orang yang rugi, kerana tidak ada peningkatan di dalam kehidupan.

*Antara asas model insan ialah:-
1.Mempunyai jiwa besar
*Tidak terseret dengan atau dalam persoalan remeh-temeh
*Pelaku kehidupan yang aktif
*Bukan berpegang kepada semuanya dan beres, selesai, cukup dan bangga diri ( merujuk kepada prinsip hidup )

2.Kesederhanaan
*Tidak memiliki dorongan untuk hidup bermewah-mewah dan berlebihan
*Hidup berhemah, rendah diri dan bebas dari sifat riak

3.Berjiwa merdeka
* Bergantung hanya kepada Allah s.w.t.semata-mata

4.Bersikap terbuka tetapi tegas dengan prinsipnya
*Berpegang kepada usaha memelihara yang lama tetapi baik dan bermanfaat, serta mengambil yang baru yang lebih baik

5.Akal disajikan dengan ilmu
*Fardhu Ain (pengurusan diri)
*Fardhu Khifayah (pengurusan sistem)

6.Roh diberi santapan dengan zikir

7.Nafsu tidak dimatikan tetapi dikawal

INTISARI INSAN YANG MEMBANGUN
1.Mempunyai Idealisme murni dan praktikal dalam menangani realiti kehidupan ( tidak mudah putus asa)
2.Memiliki Intergriti diri  (iaitu kepercayaan, sistem nilai dan amalan yang harmoni)
3.Kaya dengan ikhtiar diri dalam sebarang suasana. Ikhtiar itu sebenarnya ialah keaktifan memilih yang terbaik dari segala kemungkinan yang tersedia demi mencapai tujuan yang baik. Faktor penggerak ke arah aktif:-
*Insaf diri. *Bertindak mengikut fitrah. *Keupayaan berfikir. *Kebersihan hati nurani. *Kebebasan bertindak.
4.Berjiwa perubah (perubahan diri dan persekitaran). Faktor penghalang kepada perubahan:-
*Jahil. *Sikap tidak peduli. *Terperangkap dengan tarikantabiat yang ramai bilangannya. *Godaan besar (nafsu, persekitaran, syaitan)
5. Mencintai kecemerlangan dalam setiap tindakan dan amalan. Faktor pendorong kepada kecemerlangan:-
*Jelmaan melalui amalan dan kerja-kerja kebajikan
(rujuk Al-Quran surah AL-Kahfi: ayat 7 dan Al-Mulk: ayat 2)
*Kualiti yang tersedia ada pada manusia (fitrahnya)
*Memahami keutamaan dan bertindak mengikut keutamaan
*Membersih diri dari kegagalan usaha
*Operasi dan suburkan sikap (kemahuan yang tinggi/kesungguhan/keyakinan/mengatur strategi yang betul)

KESIMPULAN
Untuk mencapai kebaikan dalam kehidupan, kita haruslah:-
*Mengetahui kebaikan. *Ingin kebaikan. *Lakukan kebaikan

Sikap-sikap yang perlu dielakan:-
*Elakan sikap banduan. *Elakan sikap graduan. *Elakan sikap pelancong

RUMUSAN
*Kata-kata Imam As-Shafie:-
'Jika seseorang itu tidak menyebukkan dirinya dengan yang HAK, maka ia akan sibuk dengan yang BATIL'.

*Kata-kata Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi:-
'Generasi muda adalah generasi yang termahal kepada umat, mereka adalah kekayaan umat, mereka adalah tabungan masa depan umat.

No comments: