Thursday, February 6, 2014

Semalam


Ada tika ku bilas ruang masa
dengan renjisan kejernihan hati
meruntum debu debu gugur dilantai
bersama parut alpa dosa lalu
hanyut terhakislah kemuara kehidupan

Ada tika kucari kerinduan silam
tanpa matahati melihat duniawi
lalu tersentuh bahu kesengsaraan
patahlah tulang sendi kehidupan
merangkak dan bertatih arah menuju
ketaman kebenaran kurindu

Ada tika ku tangisi kelekaan lalu
kerana selalu terlena dalam sedar
aku lupa erti bahagia milik siapa
tika ku bersua ketukan nadi rahsia
di satu lorong semalam ku terjaga
membuat ku memuja seluruh nikmat-Nya.

No comments: