Friday, December 13, 2013

Sisa Yang Terindah..

malam kian larut bersama arus sepi
seperti kurasakan saat ini
ingin kuhimpunkan segalanya
tentang rasa hatiku
bermukim lamanya di hamparan jiwa..

seorang insan sepertiku
dahulunya sering inginkan cinta
merasakan sebuah kasih sayang
namun semua hanya tinggal memori
yang tak mampu kuhadir kembali..

di manakah silapnya kupasrah
indah bagiku telah jauh meninggalkanku
bahagia seakan pudar di mamah sepi
hanya tangisan sudi mendakapku
dalam pasrah meniti sisa-sisa nafasku..

seandainya tiada diriku di gugusan ini
usah bersedih kerana diriku
tetap bersemi di ruang jiwamu
dalam jaga mahupun tidurmu
suatu waktu selalu hadir dalam bayangan itu..

untukmu maafkan diriku
kusimpan perasaan cintaku
kurimbunkan rinduku dalam diam
tanpa meluahkan padamu
kerana kutahu kutak layak
untuk cinta sejati darimu....

No comments: