Friday, December 13, 2013

Inikah Perasaan..

perasaan di manakah letaknya
sering di timpa-timpa berbagai rasa
menderu bagaikan ombak
membelai umpama semilar
bertingkah bak taufan..

getar jiwa tak mampu di tafsirkan
tiada tertulis untuk siapa berpaut
datang sesejuk bayu bertiup
pergi sebahang mentari menyalai..

hakikat seiring suratan
yang harus dilalui penuh perih
liku-liku jua terus di tempuhi
kerana ketentuan telah terencana..

tanpa sebab dan alasan
pastikan berakhir suatu keindahan
dalam menghadirkan kepayahan
jiwa mekar dalam diam
perasaan hadir penuh ikhlas
sekelip mata jiwa di buai
cinga berputik di pengakhiran penantian
inikah perasaan ?

No comments: