Friday, December 7, 2012

* Getaran Cinta*

Ketukan rindu itu membelah sunyi malam
Gelora cinta itu mengusik sunyi kelam
Deburan resah itu menghadirkan persoalan

Gelombang impian itu menguji keimanan....

Ada ketukan rindu dipintu kalbunya
Ada getaran cinta dilangsir hatinya
Ada debaran resah dijantung hidupnya
Ada gelombang impian dilaut kembaranya....

Sesekali dia tersentak mendengar rahsia
Sesekali dia tergugat mentafsir bisikan pesona
Sesekali dia tercungap melepaskan keluh sukma
Sesekali dia beristighfar memohon keampunan Pencipta...

Dia sedang mencari ketenangan untuk dirinya
Dia sedang mencari sinar untuk kalbunya
Dia sedang meyaring masakah untuk masa depanya...

Ya Rabb...
Tenang2kanlah hatinya
Berilah kekuatan untuk dia mendepangi segala musibah yang tiba
Bahagiakanlah hidupnya
Dengan kemanisan iman dan takwa
Menghirup madu Cinta-Mu sepuas2nya...

Kerana sesunguhnya aku tidak mahu dia leka dengan duniawi
Ya Rabb....
Kembalikanlah dia seperti dulunya
Sentiasa basah bibirnya degan zikir2nya
Allah Huakhbar...,
Cuma Engkau yang Maha tahu..,

No comments: