Friday, February 3, 2012

EPILOG SEBUAH KISAH

pertama kali aku menjejaki mahligaimu................... terasa debaran dihati ini. apakah aku akan menjadi pelajar yang setia hanya padamu atau aku akan curang dengan peraturanmu. debaran semakin ketara apabila aku mendudukimu dan perasaan tambah berkocak kerana aku kini telah mula mendekatkan diri untuk bercampur gaul dengan anggota masyarakatmu yang ketara berbeza rupa dan agama. cabaran sehat dari penghunimu dan kesanggupan penggerakmu membakar diri untuk mendidik, sudah cukup untuk aku jadikan bekalan menghadapi seribu satu macam persaingan dimahligaimu.......

hari berganti hari..... kini aku sedar kau sudah mula menerimaku dan aku mula akur dengan peraturanmu. aku telah dapat merasai segala asam garam disini dan mula sebati dengan diriku. hari-hari yang aku lalui bersama teman-teman dan bernasihatkan penggerakmu telah mewujudkan kesedaran dan keinsafan dalam diriku...... bahawa ILMU itu adalah KUNCI untuk kehidupan dan kebahagiaan didunia dan akhirat. bersandarkan penggerakmu yang berINOVATIF dan KREATIF aku berusaha memerah keringat untuk menjadi pelajar yang BERWAWASAN bersama-sama cita dan cinta yang telah aku bajaidan sirami setiap detik.......

kini , usiaku menjangkau 19 tahun, waktu inilah aku rasakan setiap pengorbanan penggerakmu. kematangan ini telah mendesak aku membalas setiap butir budi yang ditetapkan dalam diri ini. mahligaiku....... bagiku, dirimu beserta penggerakmu adalah yang terbaik buatku untuk menimba ILMU dan PENGALAMAN bagi meneruskan cita dan perjalanan ini...... semoga terhentinya perjalananku disini bersama cita yang kabul.......

dari saat itulah....... kesergaman wajahmu menjadi bayangan gurauan buat diriku. waktu itu, aku pasti teringinmelawati mahligaimu. aku sentiasa merasai hebatnya peperangan yang kulalui dimahligaimu. namun telah kupersiapkan diri selengkapnya bagi menepis dan menangkis segala rintangan yang tiba..... dan harapanku semoga peperangan ini berakhir dengan kejayaan yang cemerlang dan terbilang.....

sememangnya aku sedih untuk meninggalkanmu..... yang saban hari semakin indah..... namun aku tidak perlu meratapi pemergian ini kerana aku tahu setiap yang bermula pasti akan berakhir. akan kusimpan segala kenangan manis dimahligaimu. kini....... aku semakin bangga kerana mahligai keanggunanku sudah bergelar SEKOLAH HARAPAN NEGERI. sebelum luahan ini berakhir...... izinkan aku ucapkan jutaan terima kasih buat mahligaiku dan penggerakmu..... kalian laksana cahaya yang menerangi ketika gelap gelita......

No comments: