Monday, December 5, 2011

banyak untungnya kalau faham lelaki

                                jika pasangan anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan...... boleh jadi ada tekanan ditempat kerjanya, boleh jadi kerana kereta yang dimilikinya atau boleh jadi beberapa karenah anda yang menjadi penyebabnya...... apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. anda melakukan begitu untuk meraihsimpati. meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja sudah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. berbeza dengan anda bukan...???? tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak..... ombak memang tidak pernah reda..... kalau reda pun mengambil masa yang lama..........
                                  apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu..... usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. anda kelam kabut, maka itu mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dengan situasi begini..... lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza dengan wanita yang biasanya cukup risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan -keadaan demikian sebab semulajadinya lelaki berasa selesa berjauhan dengan keluarga. ini tentu berbeza sekali dengan anda yang suka dan berasa tenang bersama keluarga...... mengapa lelaki begitu...???? itulah bukti kekuasaan ALLAH..... 'DIA' menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dan wanita agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna menyempurnakan...... lengkap melengkapi. semua kekurangan pasangan akan dipenuhi oleh pasangan dan semua kekurangan pasangan akan dipenuhi pula oleh pasangan.......
                                   lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tdak mahu memahami. lelaki itu cara fikirnya makro iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkananda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. maka masalah yang anda rasakan cukup berat. anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitiskan walau sebutir pun air mata..... jika berlaku pertengkaran selalunya, dia akan melawan habis-hanisan dan anda mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. usah berasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapan dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.
                                   walaupun anda tahu anda benar dan tidak pernah berbuat salah, akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. anda mahukan dia yang meminta maaf...???? usah berharap...... lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama kepada pasangannya. mengikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam apa jua keadaan dan atas apa jua hal atau sebab, maka gunakanlah kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah........ satu lagi yang perlu anda tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. usah dilawan tetapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. tapi awas, jangan sampai berleter dihadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.
                                   kata orang, " wanita sinonim dengan leteran. kalau x pandai berleter bukan wanita namanya". ya..... teruskan berleter, hamburkan semuanya yang menekan kepala. cuma mohon berleter didalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda..... lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. lihatlah betapa berbezanya anda dangan pasangan anda. tidakkah anda setuju jika saya katakan adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki...????

No comments: