Tuesday, December 6, 2011

apabila lelaki sepi........ wanita sunyi......

                                                 hmmmmmmm pernahkah anda menonton filem p ramlee..... kisah haji bakhil dalam filem 'labu labi'...???? kita akan setuju untuk mengatakan orang lelaki kebanyakkannya memang kedekut. kajian psikologi pula memberikan jawapan yang berbeza.... orang perempuan selalunya lebih kedekut sebab hendak berjimat manakala orang lelaki pemurah atau boros sebab nak tunjuk lagak....
                                                 anda jadi amat boros apabila menghendaki sesuatu misalnya gelang, rantai dan perhiasan-perhiasan diri yang lain dan sanggup berhabisan untuk mendapatkannya. lelaki pula akan menganggap  perlakuan seperti itu sebagai amat membazir dan tak patut dilakukan.
                                                 samalah juga tatkala lelaki membeli kereta import dengan harga tiga empat kali ganda harga kereta tempatan, anda mengatakan dia boros dan tak tahu berjimat padahal dia menganggap anda x faham serta x pandai menilai istilah kualiti dan jenama. kadang-kadang dia akan anggap anda ketinggalan zaman........ hehehehe... jangan marah ekkk...
                                                 lelaki selalunya kurang fokus kepada sesuatu perkara. maka itu, pada waktu dia bercinta dengan wanita A misalnya....... dalam masa yang sama dia boleh bercinta dengan sepuluh lagi wanita yang lain..... wanita berbeza........ ketika bercinta setia hanya pada yang satu........ pun ada ketika tidak dapat dinafikan.... ada wanita yang lebih buaya daripada segala buaya..... dia bercinta dengan ramai lelaki untuk mengikis harta lelaki-lelaki berkenaan. sesetengahnya berbuat begitu atas dendam peribadi.... satu lagi anda perlu tahu tentang lelaki ialah mereka hanya akan meminta bantuan setelah benar-benar tidak berupaya. wanita pula meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.....
                                                  ketika bersama kawan-kawan wanita suka bercakap tentang pasangan masing-masing sedangkan orang lelaki akan lebih gemar bercerita tentang perempuan lain. kadang-kadang hingga dia terlupa dia telah pun berpunya dan hanya menyedari apabila pulang semula ke rumah. biasanya orang lelaki kembali 'bujang' tatkala diluar tetapi menjadi suami tatkala pulang kerumah.....
                                                 semulajadinya lelaki dianggap ketua. dia merasakan dirinya ketua lebih-lebih lagi jika gelaran itu tidak diperolehinya diluar, dirumah dia akan bertindak seperti ketua, kadang-kadang adil, kadang-kadang tidak, kadang-kadang rasional, kadang-kadang langsung tidak, kadang-kadang logik dan boleh diterima akal malah kadang-kadang langsung tidak berpijak dibumi yang nyata.
                                                semulajadinya wanita pula, sebagai wanita anda lebih suka mengikut keputusan yang telah dibuat. walaupun anda tidak bersetuju selalunya anda tidak mempamerkannya. anda memprotes melalui gerak tubuh dan mimik muka meskipun anda patuh, akur dan melaksanakan apa yang telah dipersetujui.......
                                               sebenarnya ada 1001 lagi perbezaan antara lelaki dan wanita. apa yang tertulis disini hanya sebahagian kecil. sememangnya antara lelaki dan wanita tidak akan sama, daripada struktur tubuh hinggalah cara berfikir, segala-galanya berbeza...... yang nyata sama adalah secebis keinginan untuk menikmati hidup secara bersama dibawah bumbung bernama perkahwinan. jika sesuatu terjadi, ia lumrah lantaran perbezaan tetapi alangkah baiknya jika lebih banyak persamaan dapat diwujudkan atas nama kasih sayang dan persefahaman.
                                              tanpa wanita lelaki kesepian, tanpa lelaki wanita kesunyian. tanpa kedua-duanya alam ini tiada ertinya. maka itu, Nabi Adam a.s. tidak pernah berhenti berusaha mencari Hawa setelah diturunkan ke bumi. juga Hawa tidah pernah berhenti daripada mengingati dan cuba mengesan Nabi Adam a.s. 'hidup itu satu perkongsian. berbahagialah orang yang memahami maksud perkongsian'

No comments: