Wednesday, November 30, 2011

apakah itu ZIKIR

         zikir ialah perbuatan mengingati ALLAH s.w.t. dengan menyebut kalimah-kalimah seperti Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillallah (dinamakan tahlil), Allah, Allah...., Astaghfirullah, Innalillah dan sebagainya, sama ada dengan lidah (dipanggil zikir jali atau zikir jahri), dengan perbuatan seperti membilang biji tasbih, membilang jari atau mesin pembilang (counter) atau dalam hati (dipanggil zikir sirri atau zikir khafi). ia disebut juga zikrullah (mengingati Allah)
        zikir berperanan melembutkan hati manusia. sebab itu sangat penting kita meluangkan sedikit masa dalam sehari untuk kita tumpukan kepada mengingat Allah s.w.t. bukan sahaja hati, malah anggota pancaindera kita turut mengingati Allah s.w.t. lidah kita turut sentiasa basah mengingati Allah s.w.t.

No comments: