Wednesday, November 30, 2011

apakah itu 'DOA'

      doa ialah permohonan atau permintaan perkara kebaikan kepada Tuhan sama ada merupakan potongan daripada ayat Al-Quran atau hadis atau susunan perkataan sendiri yang diluahkan da;lam apa jua bahasa ......
      ramai yang teringin berdoa terutama selepas solat lima waktu tetapi tidak pasti doa tertentu yang paling mustajab hendak dibaca
      kadang2 doa yang dibaca itu tidak pun difahami maknanya kerana dalam bahasa Arab...... tetapi kalau sesuatu doa sudah menjadi amalan harian, lama-kelamaan doa yang dibaca itu akan menjadi lancar serta difahami makna yang dipinta. maka ketika itu seseorang itu bukan lagi membaca doa tetapi terus berdoa kapada ALLAH s.w.t. dengan penuh jiwa raga
      ada pula orang yang terus berdoa dalam bahasa melayu atau bahasa ibunda masing2. orang inggeris sudah tentu lebih betah berdoa dalam bahasa inggeris. orang cina lebih mudah berdoa dalam bahasa cina.... tetapi kita kurang pasti susunan ayat yang hendak diutarakan kepada ALLAH s.w.t.
     Doa seharusnya bermula dengan memuji ALLAH s.w.t. diatas Kebesaran-Nya memerintah sekalian alam ini. kemudian selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.w.a., nabi dan rasul junjungan kita yang kerananya ALLAh ciptakan alam ini.
     selepas itu barulah kita meminta apa yang kita hajati daripada ALLAH s.w.t. Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia mampu memberi apa sahaja dan sebanyak mana kepada hamba-Nya kerana seluruh alam maya ini adalah milik-Nya.
      cuma setakat mana keyakinan kita, permintaan kita itu dimakbulkan....???? jika kita tidak meminta dengan bersungguh-sungguh, mungkin Allah tidak tunaikan. kadang-kadang manusia sendiri tidak yakin yang ALLAH s.w.t. akan melaksanakan permintaannya kerana manusia sendiri kurang keyakinan diri .... sepatutnya kita hendaklah meminta dengan keyakinan seratus peratus.....

No comments: