Tuesday, October 11, 2011

saja suka suka............. buat renungan

Suatu hari, seorang kanak-kanak berumur 6 tahun terkejut melihat ada beberapa uban di celah rambut maknya. Dalam kehairanan kanak-kanak tadi bertanya..

Anak: Mak, kenapa ada uban atas kepala mak?

Mak: Memanglah camtu..setiap kali anak-anak melukakan hati ibunya, sehelai rambut mak akan jadi putih. Kalau sehelai rambut mak putih, maknanya kamu banyak melawan cakap mak.

Anak: Kalau macam tu, mak lagi lah banyak melawan cakap nenek..
Renungan:
1. Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT
2. Jgn bangga dgn rumah besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR
3. Jgn bangga dgn baju mahal kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN
4. Jgn bangga dgn kereta&motor besar,kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA
5. Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir = KAPUR BARUS.
Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebiskegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Masa yang kita gunakan untuk mecari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ia wujud tapi amat sukar dilihat. .......
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
Hanya diperlukan waktu seminit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang....
Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok..
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis kerana kehilanganmu meninggalkan berjuta jasa kepada mereka.........
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu......
Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acap kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
Jika anda tidak pernah berbuat salah, itu bererti anda tidak berani mengambil risiko.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak, bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka, bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merasa rindu dan cemburu......
Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya, mungkin saja dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kamu benci itu sekadarnya, barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.....
 

No comments: