Monday, October 10, 2011

SABAR DAN TABAHLAH.....

                                                        kenapa bersedih nie...., sayang..???
                                                                    kenapa menangis..??
                    menangislah sepuas-puas hatimu jika dengan tangisan itu kau akan berasa lega sedikit. curahlah air matamu ke bantal kemudian mengadulah kepada-NYA tentang punca kesedihanmu itu....
                   sedih kerana gagal akibat perbuatan sendiri atau sedih kerana kecewa diperlakukan orang sekeliling??? bersabarlah. itu nasihat pertama saya. ini kerana setiap kali bersedih ditimpa masalah, semua kawan menasihati saya supaya bersabar. sabar itu senang disuruh tetapi amat sukar dilakukan...... ia memerlukan komitmen daripada hati yang tabah.... jika tidak, jiwa tidak akan mampu bersabar........
                  walaupun sukar, sabar adalah jalan yang paling manis apabila menempuh kesedihan..... masalah...... serta kekecewaan...... anda hebat jika mampu bersabar. ini kerana orang yang terpilih dan beriman sahaja mampu bersabar walaupun ditimpa dengan dugaan demi dugaan.......
                  memanglah, apa lagi yang boleh kita lakukan........, kan...???? kita orang ISLAM....... manusia berpedoman........ jika bersedih kerana musibah, kita menangis dan mengadu. kemudian, bersabar sambil menunggu jalan penyelesaian yang diredhai-NYA.
                 ingatlah, masalah mesti didepani..... orang yang lari daripada satu masalh akan bertemu masalah yang lain pula. orang yang takut berhadapan dengan masalah, adalah manusia pengecut..... orang yang berani berhadapan dengan masalah, itulah manusia yang berani..... berhadapanlah dengan masalah yang dihadapi itu dengan cara yang betul........ 

No comments: