Tuesday, July 12, 2011

sekali sekala aku pun ingin dipujuk....... kenapa awak x pujuk saya....?????

Semalam gaduh. Eh silap. Semalam baru baik gaduh. Mula mula dia kemain call beribu riban kali message berjuta kali tapi lama tak contact aku langsung. Aku tunggu je tau semalam. Padahalnya hati ni dah terubat. Bukan setakat dah terubat, dah rindu tahap dewa dah pun. Dari pagi aku tunggu dia pujuk. Tapi hampa. Halah aku kalau merajuk memang macam tu. Macam lah tak kenal kan.Dah lama kenalkan....???? Kita memang macam ni. Kalau merajuk tu tak sah kalau tak campak phone, deactive facebook, private blog, tulis entry sedih dalam blog, call tak angkat, message tak balas, jerit keluar airmata segala. Ah kanak kanak sungguh kan. Tapi bila ingat balik macam kelakar. haha. Memang tak matang. Rupanya masa aku post entry ari tu....dia sengaja nak uji kesabaran aku. Dia kata aku mesti akan contact dia sebab aku rindu. Biadap kan? Apa salahnye kalau aku post entry macam tu dia terus call tanya 'kau tak akan sendiri la sayang, aku kan ada'. Ah romantiknya! Tapi hampeh. Dia sengaja  nak uji kesabaran aku. Last last aku yang call dulu. Perempuan, kalau dah alang alang nak pujuk tu biar lah pujuk hari hari. Teringin tau nak rasa macam dulu. Macam best je. Macam best bila dia pujuk tapi kita still merajuk marah marah tapi dekat belakang senyum sebab best dapat dipujuk. Nyehnyehnyeh. Takyah cakap aku jahat la, orang lelaki yang lain pun akan seronok kalau orang yang dia sayang asyik pujuk macam tu. Take note ya.
Dia ni kuat cemburu. Kau tau ke makin ramai aku kenal pompuan makin aku rasa bertuah dapat kau. Tahu? Mesti tak kan. Kau apa pun tak tau. Aku memang ramai kawan pompuan. Dan aku tau cara nak layan mereka macamana. Mungkin kadang-kadang agak keterlaluan. Aku mengaku. Tapi dalam hati aku hanya ada kau. Aku hanya nak kau. Aku hanya boleh gila kalau hilang kau. Aku hanya nak kau jadi isteri aku. Hanya kau. Aku kalau kenal pompuan memang sengaja nak dia add facebook aku sebab aku nak dia tau aku dah ada kau. Dapat kan? Okay lah itu je. Apa pun jadi aku tak kan penat cinta kau. Bye!

1 comment:

Norfitrah said...

sapa yang dimaksudkan ni????alangkah gembiranya kalau ianya saya..