Friday, June 10, 2011

menemui gadis...... yg cintanya hanya untuk diri ini..... entah laa......


Awak ingat lagi tak macamana kita kenal. Bermula dari sekeping gambar kelas saya bukan? Masa tu umur kita tingkatan empat bukan? Mula-mula saya agak hairan kenapa dalam ramai-ramai lelaki dalam gambar tu awak nak kenal saya. Lumrah hidup lah kan, bila dapat tau ada orang beria nak kenal rasa macam tersipu-sipu sedikit. Sungguh. Tapi yang paling tak best bila saya dapat tau awak nak kenal saya sebab muka saya sama macam ex awak yang awak sayang gila dulu. Terguris hati saya. Sama seperti drama rasanya. Awak main drama dengan saya. Drama tv ni memang kadang ada betulnya. Memang sedih sebab awak nak kenal saya bukan sebab saya adalah saya, tapi sebab saya adalah serupa dia.
Tapi itu hanya sekadar gambar. Bila satu ketika kita jumpa depan depan ternyata saya bukan seperti  ex awak kan. Muka berbeza dan perwatakan juga. Saya tak nak pun ada sama tentang kisah lepas awak tu.
Tak ada satu pun yang manis tentang kita. Saya pun tak suka awak pada mula sebab ciri-ciri wanita idaman saya langsung tak ada dalam diri awak. Kononnya dulu syarat wanita idaman saya adalah seorang yang tinggi dan seorang yang umur tua dua tiga tahun dari saya. Dan kononnya dulu saya suka gadis atau wanita tinggi kerana saya suka dongak-dongak jengket-jengket masa jumpa.Tapi saya masih silap. Bukan semua orang pun sama kan. Dan lagi kononnya saya tidak suka orang yang sebaya kerana susah nak dapat orang yang lagi tua dari saya kerana sambutan kelahiran saya adalah febuari 12. Memang saya sentiasa mengelakkan dari jatuh hati dengan rakan sebaya. Sekental mana sekalipun mereka meluah cinta pada saya, saya tetap tidak akan layan. Itu prinsip saya. (Cinta sekolah rendah dikecualikan) Dan tak sangka saya bertemu awak. Awak sebaya dari saya tapi hari sambutan kelahiran awak mac 23. Bermakna awak muda hampir sebulan dari saya.
Kegigihan awak mengUSHA saya dua tahun lamanya telah menambat hati lelaki saya. Kata mereka ada lebih baik cuba mencintai mereka yang terlebih sayangkan kita. Saya mula rasa cemburu bila dapat tahu awak sudah berpunya. Awak masih gigih mencuba hati saya. Dan atas dasar cemburu dan kegigihan awak mencuba hati saya telah menarik perhatian saya pada awak. Dan akhirnya saya terima awak tanpa ada perasaan sayang walau sedikit pun. Saya masih tidak berapa pasti entah mengapa saya terima awak tanpa ada perasaan sayang itu. Mungkin TUHAN telah menentukan segalanya untuk kita. Mungkin nama kita telah tertulis diatas sana untuk bersama.
Dan akhirnya kita begini. Walaupun berjuta perkara telah mengguris hati awak dan saya, kita masih teguh bersama. Ada betulnya kehidupan seperti roller coaster. Kadang diatas kadang dibawah, yang penting pilihan kita samaada ingin menjerit meraung macam orang gila ataupun enjoy sahaja. Kann?



No comments: