Friday, June 10, 2011

maafkanlah aku........

Assalamualaikum.
Menemui kau disana yang jauh dimata dekat dihati. Aku harap kau sentiasa sihat sejahtera. Aku tau kita banyak yang hendak dikatakan. Aku tau kita selalu message, selalu call, tapi aku lebih selesa meluahkan segala disini. Kau bacalah dengan teliti menggunakan hati.
Seawal-awalnya aku ingin mintak beribu-ribu kemaafan kepada engkau sebab aku penyebab segala kejadian. Aku selalu menyalah diri atas segala yang berlaku. Walaupun kau cakap kau tak pernah salahkan aku, walaupun kau cakap aku tak salah, walaupun kau cakap kau dah lama maafkan aku, aku tetap berdegil mahu mintak maaf dari engkau sayang.
Hanya satu yang aku harapkan saat ini, detik ini. Aku mengharapkan kepercayaan dari kau. Aku betul-betul mahu berubah. Dan aku betul-betul sayangkan kau yang satu. Tak ada yang lain dalam hati aku melainkan kau. Saat ini, baru aku nampak siapa dan macamana sifat kau yang sebenar. Dulu aku tertanya-tanya kenapa mak aku terlalu sukakan kau. Aku tertekan bila hari-hari mak aku call suruh putus dan balik pada kau. Tapi sekarang baru aku sedar ibu aku sentiasa betul.
Jika aku melakukan perkara yang melampaui batas yang menyebabkan hati kau merana sakit tersiat, aku izinkan kau bunuh aku. Maaf jika kata-kata aku ini melampaui batas. Aku terlalu ingin membuktikan bahawa sayang aku kepada engkau tiada tandingan. Harap aku dimaafkan.
Akhir kata.
Maaf jika ada tersalah singgung kata.
Jika ada salah dan silap, sila tegur dengan berhemah.
Terima kasih.

No comments: