Monday, January 10, 2011

ulangkaji

Selamat bertemu kembali...... Kepada adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang yg bakal menduduki peperiksaan....... Time untuk mengulangkaji .........

Dalam proses pembelajaran, melakukan aktiviti mengulangkaji adalah satu peringkat yang penting. Aktiviti ini membolehkan seorang pelajar itu benar-benar memahami, mengingati dan menguasai fakta dan konsep berkaitan bahan yang telah dipelajari.Kajian menunjukkan bahawa 80 peratus daripada bahan yang kita baca atau dipelajari pada hari ini akan hilang daripada ingatan seseorang selepas 24 jam kemudian. Meskipun demikian, kadar kelupaan ini berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Ia dipengaruhi oleh sikap, bahan pembelajaran, teknik yang digunakan dan sebagainya.

Memandangkan ingatan terhadap bahan pembelajaran ini sangat penting untuk persediaan peperiksaan, bermakna membuat ulangkaji terhadap pembelajaran amat penting diberi keutamaan. Pelajar perlu melakukan proses mengulangkaji secara berterusan pada setiap hari walaupun jumlah bahan yang digunakan sedikit dan masa yang digunakan juga sedikit. Yang penting ialah kesungguhan diri, berterusan dilakukan dan memaksimakan penggunaan masa secara berkualiti.......... anda ingin berjaya...???? berusahalah......

antara punca pelajar GAGAL MEMAHAMI dengan jelas dan berkesan apa yang telah dipelajari di sekolah ialah tidak mengulangkaji di rumah atau di asrama.malah ramai pelajar yang membuat ulangkaji tetapi tidak melaksanakannya dengan cara yang betul dan melakukannya sambil lewa tanpa bersungguh-sungguh. mengulangkaji merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran. Ia menjadi aktiviti sokongan yang memantapkan lagi pemahaman, ingatan dan kemahiran yang telah diperolhi seseorang pelajar sewaktu proses pembelajaran di sekolah. oleh itu, proses mengulangkaji mestilah dilakukan dimana sahaja secara berterusan samaada bersendirian atau bersama rakan dan perlu dimasukkan dalam jadual belajar anda samada dirumah atau pun di asrama......... anda berusaha...... pasti abda akan berjaya......

No comments: