Monday, January 10, 2011

masa untuk belajar......... rancanglah jadual belajar

                                               WAKTU BELAJAR

1) paling minimum waktu belajar ialah 8 jam. jumlah waktu belajar paling minimum 8 hingga 11 jam sehari. waktu ini termasuk waktu pembelajaran di sekolah (6 hingga 7 jam)

2) diakui waktu belajar paling berkesan dan paling berharga ialah di sekolah. oleh sebab itu, menfaatkanlah sepenuhnya waktu pembelajaran di sekolah.

3) waktu belajar di rumah atau asrama jangan disusun terlalu padat. sebaik-baiknya, gunakan satu jam untuk setiap sesi bagi satu mata pelajaran kecuali aktiviti membaca, menyiapkan kerja sekolah, latihan menjawab soalan atau pun membuat nota.

4) pastikan ada waktu berehat, menyedut udara segar, senaman ringan, minum air atau apa sahaja aktiviti yang tidak membebankan minda sebelum memulakan sesi pembelajaran baru. waktu rehat antara 15 hingga 20 minit.

5) cuba elakkan waktu belajar sehingga larut malam sekiranya aktiviti sedemikian mengganggu waktu tidur, menjejaskan kesihatan, meletihkan minda, merendahkan kosentrasi dan menyebabkan hilang tumpuan sewaktu pembelajaran di kelas....

No comments: