Saturday, October 11, 2014

Ruang Rindu

Engkau tidak ingkar
Pada kasih takdir yang meletakkan
Segugus kekurangan pada keupayaan
Bahagia yang tercipta
Kerana selamanya engkau akur
Antara takdir kasih dan harga kesabaran ini
Sentiasa ada hikmahnya
Di mana dan di situ
Laut yang surut...ada pasangnya
Sungai yang keruh...ada jernihnya
Di mana senja yang berlalu
Di situ juga suria akan menjelma


Kadang kala
Gelisah yang meruntun hati
Membanjiri kelopak jiwa yang di palu sepi
Namun tidak akan aku ketepikan
Walang melanda menyelimuti segenap ruang pancaindera
sesungguhnya aku cuba untuk cekal dan tabah
sesekali lesu di pukul ombak rindu

_4 u_

No comments: