Jangan sakiti hati isteri
Kerana isteri, rezekimu bertambah.
Kerana isteri, maka lahirlah zuriatmu.
Kerana isteri, makan pakaimu dijaga.
Kerana isteri, tenang hatimu.
Kerana isteri, lembut pandangan matamu.
Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang bisa melihat setiap cacat celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu dan masih menerimamu seadanya.
Janganlah sakiti hati mereka, ingatlah setiap pengorbanan mereka, walaupun kecil dimatamu, ianya besar bagi dirinya...
Setiap peluh yang menitik yang dikerjakan untuk keluarganya, setiap air mata yang menitis untuk anak dan suaminya adalah salah satu tanda dia isteri yang terbaik buat anda.
No comments:
Post a Comment