Friday, May 30, 2014

Lazimi zikir dan raih ganjaran besar akhirat.

Assalamualaikum.

Iman bukan warisan..setiap manusia mempunyai iman yang kadang kala naik dan ada waktunya turun..Sesungguhnya, iman adalah kekuatan dalaman yang tidak mampu dilihat..iman adalah urusan Allah SWT dan kewajipan manusia sebagai hamba-Nya adalah memohon dan berusaha memupuk serta meningkatkan iman dengan melakukan Suruhan-Nya, Seterusnya bertawakal agar mencapai rahmatnya dan diberikan hidayah kepada kita untuk terus kekal memelihara iman.
Zikir merupakan sebaik-baik ibadah,ketaatan dan taqarrub(mendekatkan) kepada Allah SWT..Zikir bermaksud perbuatan dan amalan mengingati Allah SWT dengan menyebut lafaz-lafaz tertentu seperti lafaz tasbih(Subhanallah), tahmid(Alhamdulilah), takbir(Allahuakbar) tahlil(Lailahaillahu)berselawat, berdoa dan sebagainya, sama ada dengan pegerakan lidah atau bacaan dalam hati..zikir mampu menjauhkan diri daripada naungan syaitan..Namun syaitan tidak pernah berputus asa dalam perjuangannya untuk menyesatkan keturunan Nabi adam a.s.
Hafiz Abu Ya'la al-Musoli meriwayatkan daripada Anas Ibn Malik,katanya, , Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya syaitan meletakkan belalainya ke dalam hati anak adam..Sekiranya dia mengingati Allah,Syaitan akan mundur..Sekiranya dia terlupa,Syaitan akan mengulum(bermaharajalela) hatinya..itulah bisikkan syaitan yang sentiasa maju dan mundur..Maka, janganlah kita sesekali alpa dan lupa untuk berzikir..hanya dengan menyebut nama Allah, amalan kita dicatat sebagai berzikir KepadaNya..Pernah seorang lelaki tua mendatangi Rasulullah, lalu meminta baginda memberi nasihat..lelaki tua itu kurang kemampuan untuk menunaikan Ibadah, apatah lagi hendak pergi berjihad; menunaikan haji juga bukan lagi keupayaannya..Lalu Rasulullah memberi nasihat yang cukup ringkas dan berkesan buat lelaki tua tersebut, juga seluruh umat manusia, iatu'Basahilah lidahmu dengan mengingati Allah SWT'.
Zikir merupakan amalan yang cukup ringkas dan mudah untuk dilakukan, akan tetapi ganjarannya sangat besar..pentingnya kepada kita untuk melakukan amalan ringkas, dengan hanya melazimi zikir tanpa melakukan sesuatu yang berat dalam kehidupan seharian..kita juga di ajar berzikir untuk membekalkan cas positif di dalam diri dan hati agar dapat mengelakkan diri jauh tersasar daripada ladasan yang benar serta berada dibawah naungan syaitan..
Ulama juga berpesan bahawa dengan mengingati(zikir) Allah, kita dapat menghidupkan hati selain menjadikan hati kita tenang..Seterusnya,Mampu membekalkan cas positif dalam hati untuk melawan cas-cas negatif seperti melakukan perbuatan sia-sia yang dilarang Allah SWT..Berzikir juga mampu meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan penuh ketaatan, keyakinan dan keikhlasan..iaitu dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan Meninggalkan segala larangan-Nya.
Perintah supaya sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT banyak disebutkan dalam Al-Quran, antaranya al-Ahzab ayat 41-42 yang bermaksud:"Wahai orang-orang yang Beriman, ingatlah serta sebutlah Nama Allah sebanyak-banyaknya, dan bertasbihlah KepadaNya pada waktu pagi dan petang. "Berdasarkan ayat tersebut, ulama mengulas bahawa perintah berzikir dan mengingati Allah SWT mempunyai keunikan keistimewaan tersendiri berbanding perintah-perintahNya yang lain..Antaranya, perintah berzikir dan mengingati Allah tidak terbatas dengan bilangan tertentu seperti perintah solat lima waktu..Perintah berzikir dan mengingati Allah SWT juga tidak dikhususkan perlaksanaannya pada waktu-waktu tertentu seperti perintah solat, puasa, zakat dan haji..Sebaliknya boleh dilakukan bila-bila masa serta menyempurnakannya dengan hati, lidah mahupun anggota..Perintah berzikir dan mengingati Allah SWT juga mampu dilaksanakan sama ada secara perseorangan atau berkumpulan, secara senyap atau nyaring dan di masjid atau tempat lain.
Kelebihan berzikir dan mengingati Allah SWT juga banyak dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis..Antaranya.Allah SWT menjanjikan pengampunan dan ganjaran pahala yang besar, seterusnya turut dikerumuni para malaikat yang membawa rahmat dan ketenangan..Ahli zikir merupakan mahluk yang paling mulia disisi Allah SWT dan zikir turut dinyatakan bahawa amalan yang paling mulia disisi Allah..Zikir juga merupakan penyelamat daripada azab Allah SWT..Daripada muaz ibn jabal, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:Tiada sesuatu yang dapat menyelamatkan seseorang daripada azab Allah SWT selain zikir KepadaNya. "(Riwayat at-Tarmidzi).
Selain galakkan berzikir dan mengingati Allah SWT serta kelebihannya yang dinyatakan Al-Quran dan hadis, terdapat juga ancaman kepada mereka yang melalaikan zikir kepada Allah SWT..Jiwa mereka lebih mudah dipengaruhi syaitan seterusnya lahirlah dosa dan kerosakan yang dilakukan di atas muka bumi..Tambahan pula, ia mudah mengundang kemurkaan dari Allah SWT serta merupakan sebahagian tanda dan sifat orang munafik..Berkata Abu al-Hassan Syazuli:"Di antara tanda munafik itu ialah beratnya zikir ke atas lidah..Bertaubat kepada Allah SWT meringankan lidah untuk berzikir. "

No comments: