aku ingin
agar riuh membenam sepi
hujan menikam sunyi
biar banjir airmata membawa luka
hanyutkan kesamudera
Angin..
bertiuplah
agar setiap tiupan angin
terbangkan debu dan butiran pasir
yang akan menutupi aksaramu
hingga dusta mu tak ketara pandangan ku
landalah sepi ini
dengan gemuruh taufan angin
membawa semua duri cintamu
keatas awan yang mendung
dan menjadikannya debu
tetapi ombak badai
jangan kau rejam lagi hati ini
kerana aku tak ingin ombak itu bergulung kepantai
semua luka terbawa kembali padaku
hempaskanlah kekarang terjal
biar tiada lagi yang terkenang
dendam..
biar berderai
No comments:
Post a Comment