Monday, December 2, 2013

PENGHARAPAN YANG TERINDAH

Selepas waktu sekolah seperti kebiasaannya Izham Afendi mengajak Saifullah Mukmin singgah di rumah yang terletak tidak jauh dari Kampung Sri Kenanga itu.
“Min balik nanti kita ke kedai buku kejap boleh, lepas tu baru ke rumah aku?” cadang Izham kepada Mukmin yang sedang leka memerhati pepohon nan menghijau dalam perjalanan pulang. Begitulah rutin harian tidak pernah lupa akan kuasa Allah yang menghidupkan sekalian alam.“Eh Saifullah Mukmin kau dengar tak ni apa yang aku cakap?” soal Izham kepada Mukmin dengan nada yang tidak puas hati “ Ya sahabat aku dengar, tapi hari ni aku terus pulang kot, sebab umi pesan suruh balik awal la”. 

“La kau ni kenapa tak cakap siang-siang, alah leceh betul la kau ni, tapi malam ni jangan lupa pulak janji kau nak datang study di rumah aku”. balas Izham, entah mengapa dalam banyak-banyak sahabat dia paling selesa berkawan dengan Mukmin, walaupun mereka berbeza latar belakang perwatakan Mukmin yang bergitu tenang dalam apa-apa situasi cukup menyenangkan sesiapa sahaja. “Mukmin aku bercakap dengan kau lah, kau dengar tak ni, aku tengok sejak dua tiga hari muram ja, kau ada masalah ke?”. Itulah sahabat setianya dapat membaca apa yang terjadi terhadap dirinya walaupun dia cuba sedaya upaya menyembunyikan bait-bait masalah itu. Mati! sejak bertemu dengan doktor perkataan itu sering hadir ke dalam mindanya, Allah mengutuskan setiap ujian kerana DIA rindu akan hambanya, dia sangat yakin dengan takdir yang telah ditetapkan untuknya. “Eh takde lah, aku ok je, kau je perasan lebih, ok aku gerak dulu, assalamualaikum”. Malam itu selepas solat isyak seperti biasa Mukmim meminta izin kepada uminya, mak cik Adawiyah untuk mengulang kaji pelajaran di rumah sahabatnya. Akan tetapi malam ini jelas terasa kelainannya, terngiang-ngiang pesanan umi singgah di mindanya “ Mukmin, lepas belajar terus balik tau, ingat apa sahaja yang kita lakukan kerana Allah nak, jaga maruah keluarga”.
“Subahannallah yang kau tercegat depan pintu tu kenapa? Masuklah. Berjanggut aku tunggu kau tau, ingat tahun 2020 baru nak datang” sergah Izham dari dalam pagar. Lantas mematikan lamunan hamba Allah itu. Pada malam itu mereka mengulangkaji seperti biasa, mama dan papa Izham tiada di rumah, hanya tinggal adik tunggalnya Amira sahaja. Setelah jam menunjukan pukul 11 malam akhirnya Mukmim meminta diri untuk pulang, tiba diruang tamu tiba-tiba Mukmim terasa tangannya ditarik ke sofa dan dia rebah di situ. “Astafillahaazim! Kenapa ni mira, menyucap Mira, ingat Allah dik”. Mira mula mencumbui Mukmim seperti orang yang telah dirasuk, dalam pergelutan yang sedang berlaku itu, tiba-tiba Izham turun dari biliknya.
“Mukmim!apa yang kau nak buat dengan adik aku? Kau dah gila, binatang kau! Ni rumah aku la setan!” satu pukulan hinggap di muka Mukmim, mira sudah menangis ketakutan. “Ya Allah kau dah salah faham” Mukmim tidak melawan segala pukulan yang hinggap di mukanya, dia cuba sedaya upaya untuk mengelak akan tetapi Izham sudah mula menggila tidak cukup dengan tangan kaki juga mengambil bahagian “berani kau sebut nama Allah lagi, hey harap muka sahaja beriman kalau hati macam setan tak guna wey, kau sedar la sikit hidup kau tu sudah la merempat, makan kau pun atas ehsan aku, demi Allah aku menyesal kawan dengan kau, kau pergi balik kepada keluarga kau yang merempat mengalahkan anjing kurap. Hey setan bila mama dengan papa balik, kau tahu la nasib kau macam mana, masa tu kau berdoalah puas-puas agar maklaikat izrail cabut nyawa kau, mulai hari ini jangan berani kau pijak kaki di rumah aku lagi, persahabatan kita putus setakat ni, selama ni aku cukup hormat kau, makan pakai kau pun kadang-kadang atas ehsan keluarga aku, kenapa kau tak pernah bersyukur sampai adik kawan baik pun kau nak makan, baik kau berambus sebelum aku bunuh kau!” marah Izham kepada sahabatnya itu, kemudian menutup pintu rumah dengan kuat. Sepanjang persahabat yang dibina tidak pernah Mukmim melihat temannya semarah itu, tanpa sempat menjelaskan apa-apa dia diusir seperi anjing kurap, hina sungguh perbuatan itu, kata-kata yang keluar dari mulut seorang sahabat itu seolah-oleh lupa akan kuasa Allah. Ketika itu hujan mula renyai seolah memahami apa yang sedang berlaku, dan berlalulah hamba Allah dari rumah mewah itu. Hanya satu prinsip yang Mukmim mampu pegang kini, teringat kata-kata seorang ustaz, tiada yang sia-sia dalam ketentuan Allah, Allah sudah menguji kamampuan dan kesanggupan setiap hambanya sebelum diberi ujian dan Allah juga pasti tidak akan menguji melebihi apa yang kita mampu. Hatinya hatinya tidak putus-putus berdoa “Ya Allah andai ujian yang kau kirimkan kapada ku ini kerana rindumu pada hambamu yang hina ini aku rehda Ya Allah, andai takdirku dengan cacian dan cemuhan aku redha Ya Allah, tapi izin kan aku membahagiakan umi sebelum nyawaku kau cabut Ya Allah”. Kepada siapa lagi harus dia mengadu segala bebanan masalah ini, sebentar tadi dia baru berkira-kira untuk memberitahu Izham tentang penyakitnya, tetapi dengan kuasa “ku fa ya kun” Allah segalanya berubah. Setelah berjalan tanpa tujuan dalam kehujanan akhirnya dia tiba di sebuah masjid, mustahil untuk dia pulang ke rumah kerana umi pasti kuatir melihat lebam di mukanya. Dia pasti rumah Allah setenang-tenang tempat, lantas kaki melakukan kerja berjalan dalam kehujanan, kegelapan malam yang penuh dengan cerita, begitu juga cerita hidupnya yang esok atau lusa pasti berakhir. Resahnya malam itu bukan juga kerana fitnah Mira terhadapnya, tetapi juga teringatkan kata-kata doktor bulan lepas yang mana pembedahan harus dilakukan dengan segera kerana kansernya sudah di peringkat bahaya. Dari mana dia harus mendapat wang sebanyak itu, menyusahkan umi adalah perkara mustahil buatnya. Keputusannya kali ini pasti, rahsia itu harus disimpan kemas, mana mungkin dia sanggup menggusarkan hati umi, insan yang bergitu mulia baginya, sahabat? Ya dia punya sahabat tetapi satu-satunya sahabatnya sudah memutuskan tali suci itu sebentar tadi. Biarlah dia seorang sahaja yang menyimpan cerita duka ini, memang tiada kisah yang sempurna tapi Allah sentiasa memberikan kasih yang sempurna. Malam itu masjid menjadi tempat singgahan, sejadah menjadi saksi lenangan air mata mukmin sejati ini. “ Ya Allah aku kini rehda dengan ujian hidupmu ya Allah, sesungguhnya hambamu yang hina ini sedar perjalanan hidup yang indah ini, engkaulah penentu ceritanya, hambamu yang kedil ini juga sedar, engkau lebih mengetahui dari setiap kejadian, jika bulan lepas aku kehilangan semangat untuk hidup, hari ini aku juga hilang sahabat untuk bergantung kerana fitnah dunia Ya Allah, aku tahu aku insan terpilih untuk ujian beratmu Ya Allah, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahhim aku hambamu yang hina ini memohon kau tabahkan hati umi andai suatu hari nanti jenazah yang bakal berada di hadapan dia ya Allah, bukan kejayaan seperti dia harapkan Ya Allah”. Esakan hamba Allah yang bernama Saifullah mukmim itu mampu menggugurkan air mata sesiapa sahaja. Setelah semalaman bertakafur di masjid akhirnya Mukmim pulang. Tetapi kepulangannya itu disambut dengan sebuah tangisan daripada insan yang cukup dia hormati “kenapa mim buat begini, apa salah umi nak, tegarnya mim cuba merosakkan mira adik kawan baik mim sendiri, lupakah Mukmim kepada kebaikan keluarga itu, sanggupkah umi ditanya di hadapan Allah gara-gara peragai Mukmim ini, Ya Allah apa dosaku” tangisan umi menyambut Mukmim pulang di pagi itu. Berdosanya aku membiarkan lenangan air mata di kelopak insan yang melahirkan aku Ya Allah. Mukmim juga yakin cerita itu disampaikan oleh keluarga Izham sendiri.“Umi Mukmim minta maaf, maafkan Mukmim, andai dosa Mukmim kepada umi dapat dihilangkan dengan menggantikan nyawa mim sendiri mim rehda umi” itu sahaja perkataan yang mampu keluar dari mulut seorang anak yang kini sedang bertarung dengan maut, mana mungkin dia akan membuka aib insan yang bernama wanita yang tinggi darjatnya di mata rusullullah, bahkan adik kawan baiknya sendiri. Biarlah dia menjadi mangsa fitnah sesorang wanita, andai itu takdir yang telah tersurat untuknya, kerana yakin pasti ada sebuah cerita tersirat. Kini sudah seminggu kejadian itu berlaku, hari yang harus dilalui oleh insan yang bernama Saifullah mukmin sudah tidak seindah hari-hari sebelum ini. Di sekolah dia dipulaukan oleh semua teman, tiada lagi gelak tawa bersama sahabat baiknya Izham. Guru-guru juga memandang sinis terhadapnya, yang paling ketara umi, tiada lagi pernantian di hadapan pintu rumah usang itu tiap kali dia pulang. Allah satu-satunya tempat dia mengadu nasib, sejadah menjadi saksi setiap titisan air mata mukmin sejati ini, masjid menjadi pemerhati setia insan teranaiya ini. Saban hari dia tidak putus untuk berdoa supaya kebenaran akan terbongkar agar dia bisa meniti sebuah suratan yang telah tertulis untuknya dengan tenang. Biar hilang kepecayaan seorang sahabat bernama Izham afendi terhadapnya, biar dunia mencemuh takkala melihat wajahnya, dia tidak pernah kisah, tetapi dia tidak mahu hilang restu seorang ibu. Manakala hati ibu seperti mak cik Adawiyah lain pula ceritanya. Mana mungkin dia akan mempercayai orang lain melebihi satu-satunya anak lelaki anugerah tuhan untuknya, akan tetapi kata-kata mama Izham pada malam itu cukup pedih untuk ditelan. “ mana anak tak guna akak tu, nasib baik la Mira merayu jangan buat report kalau tidak teruk la nasib budak tu, kalau tahu keluarga tu susah bukan nak menyenangkan akak menyusahkan lagi ada, selama ni saya cukup hormat akak, saya sangat terkilan bila Mukmim sanggup buat anak saya macam ni, saya kalau dapat anak macam Mukmim tu baik tiada lagi bagus akak, saya balik dulu assalamualaikum”. Pedas, sinis kata-kata yang dilontarkan oleh keluarga kaya itu, resah dan gudahnya hati tua itu bukan kerana percaya dengan cerita itu, tatapi sedih dengan penderitaan dan penghinaan yang terpaksa ditanggung oleh anaknya “Mukmim maafkan umi nak, Umi sedih bila kau dituduh bergini, umi sedih bila melihat anak umi menjadi mangsa keadaan, itulah sebabnya umi tidak sanggup menunggumu pulang dari sekolah seperti selalu lagi, kerana umi sendiri tidak sanggup melihat wajah kesahmu, sayang umi kasian akan nasibmu, Ya Allah kau tabahkan hati anakku menghadapi ujian darimu”. Air mata Mukmim sudah bergenang mendengar doa uminya, dia bersyukur kerana ternyata ada juga insan yang masih percaya kepadanya. “umi maafkan Mukmim, mim anak yang tiada guna, mim tak mampu membahagiakan umi, mim berdosa dengan umi, terima kasih ya Allah kau telah menitipkan kepecayaan kepada umi supaya mempercayai hambamu ini.” Tangisan dua beranak itu semakin kuat, Mukmim kini berasa lega kerana sisa usia dan masa yang tinggal akan dihabiskan bersama uminya. Maafkan Mukmim kerana merasiakan perkara sebenar umi, perkara malam itu dan juga sakit yang sedang anakmu lalui, umi jangan benci Mukmim andai suatu masa nanti kepulangan anakmu hanya disambut dengan jasad kaku tidak bernyawa. Kata-kata itu bagaikan tersekat di kerongkong mukmim, tidak umi tidak boleh tahu. Aku mesti cuba membahagiakan umi dengan sisa hidup yang tertinggal ini. Saat memainkan peranannya, minit ligat menjalankan tugas, jam berganti jam tanpa menanti sesiapa, bergitu juga dengan hari yang silih berganti, keadaan Mukmim pula sudah semakin teruk, masuk hari ini sudah tiga hari dia tidak hadir ke sekolah, dia memberikan alasan demam kepada uminya. Risau sunggah hati si tua itu melihat rupa anaknya yang tidak terurus itu, pagi tadi usai solat subah dia meminta diri untuk ke bilik dan sekarang sudah pukul dua petang anak tunggalnya masih juga tidak keluar dari biliknya. Akhirnya mak cik Adawiyah mengambil keputusan untuk meminta bantuan Pak samad jiran mereka untuk menghantar Mukmim ke hospital, dengan kudrat yang ada uminya memimpin Saifullah mukmim untuk ke rumah Pak samad. Di hospital doktor kelihatan bergitu kalut dengan Mukmim, hati Mak cik Adawiyah diburu resah, masakan demam begini sampai tiga orang doktor yang merawat anaknya, lebih membingungkan apabila anaknya di masukkan dalam unit kecemasan. “mak cik ibu Saifullah mukmim ke?doktor hendak berjumpa” beritahu seorang jurawat. Setelah mendengar penjelasan doktor Mak cik Adawiyah merasakan dunia kelam seketika, dia akhirnya terkulai di tepi lantai, sendu dia menangis, pantas sahaja anaknya kelihat sangat uzur sejak kebelakang ini, anaknya kini sedang beperang dengan maut dan perlu dibedah segera dia perlu membawa RM35000 rawatan pembedahan anaknya. Demi satu-satunya anak tunggalnya mak cik Adawiyah mengambil keputusan untuk memohon bantuan insan yang pernah menghinanya dahulu, kini dia berada di hadapan rumah mewah itu, ya Mak cik Adawiyah yakin hanya mereka sahaja insan yang dapat menolong anaknya itu, biarpun dia dihina satu ketika dahulu dia rehda, hanya datin dan dato sahaja yang dapat menolong. Tetapi berbeza pula dengan cerita di dalam rumah itu, terduduk datin bila Mira menceritakan peristiwa yang berlaku pada malam itu, satu tamparan hinggap di muka Mira. “biadap kau, kau tahu tak dia kawan aku, aku dah hina dia demi nak bela kau, aku sanggup buang sahabat baik aku, Ya Allah sanggup kau buat bergini Mira hanya sebab kau cemburukan layanan papa dan mama terhadap Mukmim sehingga kau sanggup gadaikan maruah kau, Ya Allah bodohnya aku, di sekolah aku sanggup bayar semua kawan-kawan demi nak pastikan tiada orang berkawan dengan dia, sekarang kau puas? Puaskah aku tanya kau ni!”. Izham sudah tidak dapat mengawal marahnya. Dalam jeritan kemarahan itu tiba-tiba salam diberi dari luar, dengan penuh perhatian semua mata yang mendengar cerita yang disampaikan oleh Mak cik Adawiyah . Mereka akhirnya bergegas ke hospital, setelah proses bayaran dan tanda tangan di lakukan akhirnya pembedahan dilakukan. Mak cik Adawiyah dan datin bergitu kyusuk membaca yassin manakala Izham dan papanya setia menanti di hadapan bilik pembedahan, Mira tidak henti-henti mengelap air matanya, air mata penyesalan yang penuh dengan titisan dosa. Setelah hampir dua jam akhir doktor keluar “diminta semua bersabar, kami dah cuba sedaya upaya selebihnya kuasa Allah”. Tiada lagi air mata yang dapat Mak cik Adawiyah keluarkan selepas melihat tenang wajah anaknya. Satu kucupan hinggap di pipi Saifullah mukmim yang kini kaku tidak bernyawa lagi. Kata-kata yang keluar dari mulut Mukmim sebelum masuk ke bilik pembedahan itu seakan-akan terngiang-ngiang di telinga Izham afendi “ Eh kau jangan nangis la, kau lelaki, tolong berdoa untuk aku ya, andai rohku dijemput ilahi, redhakan aku tau, ingat kau tolong jadi imam untuk solat jenazah aku tau, aku nak kau sendiri yang urus jenazah aku, aku dah takde sapa-sapa dalam dunia ni kecuali kau, dan umi. terima kasih sebab kau selalu ada waktu susah dan senang aku, aku bersyukur sebab ada kawan macam kau, tentangadik kau Mira, aku dah lama maafkan dia, kau jangan marah dia lagi tau, hargailah orang yang ada di sekeliling kita saat mereka ada, lagi satu tolong jaga umi macam mana aku jaga dia, tolong bahagiakan umi untuk tau wei”. Pesannya yang penuh syahdu dari seorang insan yang bernama sahabat dan anak. Kini perginya seorang sahabat yang bernama Saifullah Mukmim, bersemadilah dengan tenang wahai sahabatku, peribadi mukmimmu seindah namamu yang pasti menjadi sebuah kenangan yang akan sentiasa diingati. Sanggup merahsiakan penyakitmu demi tidak mahu orang lain gusar, sanggup dirimu dihina kerana menjaga maruah insan yang bernama wanita dan yang paling hebat kerana percaya kekuasaan Allah adalah anugerah yang terindah dan tetap menanti sebuah kebenaran di saat diri diambang maut. Sahabatku kini aku yakin bahawa pengharapan yang kau nantikan selama ini adalah sebuah pengharapan yang terindah.

1 comment:

hasya said...

sedih k0t bca ...huhu ^_^