Thursday, December 12, 2013

"Dalam sunyi yang terlalu indah "

Malam yang terlalu sunyi…
Kabut sendu menyelaputi hati,
Rasa memenuhi ruang hampa,
Warna samar dalam kelam nyata.

Aku terlalu ingin berlari,
Namun seakan mahu tersungkur,
Lembah sedih dalam senyuman bibir ini,
Penuh mengelilingi aku akur.

Ya Ilahi,
Diri tertampar sendu menghampiri,
Terasa tidak sendirian di laluan ini,
Pabila terpandang luas ilmuMu di langit tinggi.

Ya Ilahi,
Dalam rendahnya hati,
Diri mengabdi padaMu kini,
Pasrah dalam redhaMu ku perlukan rahmatMu menyertai.

Dalam sunyi yang terlalu indah,
Menyirami hati dengan rintihan menyerah,
Puji syukur terucap padaMu Ya Allah,
Aku masih terus tabah.

No comments: