Monday, November 11, 2013

Dirimu yang indah

aku ingin menggapaimu
tapi apalah dayaku
kau terlalu jauh untuk ku sentuh
kau bagaikan tirai pelangi yang menghiasi langit
pancarkan warna warna ceria
sungguh indah dan mempesona
hingga mata dan hati ini
enggan beralih kelain pandang
begitu sulit menepis bayangmu
tak dapat kukejar
tak dapat kurasa
tak dapat kusentuh
memang aku dapat melihatmu
tapi kau tak sedikitpun melihatku
kerana terlalu ramai mengagumimu
terlalu banyak jiwa disekitarmu
sehingga diriku tak terlihat olehmu
namun, aku tahu, kau menyedari kehadiranku
menyedari kehadiran seseorang yang sangat mencintaimu
kau lebih indah dari pelangi
kerana kau telah memberikan
lebih banyak warna pada hidupku
meski kau tak menyedarinya
kau lebih indah dari beribu – ribu bintang di langit
kerana bayanganmu lebih setia menemani dikala malamku

No comments: