Friday, January 4, 2013

AKU

Aku yang terlupa
dalam kekalutan alam
ada garis yang terbentang
Namun kedegilan hati
telah membuat aku terlupa

Aku tak peduli
biar apapun halangan
tiada yang dapat menghalang
hatiku hanya milik diriku

Aku tak akan kecewa
kerana kecewa sudah menjadi teman hidup
sejak ku dilahirkan hingga dewasa
teman setia hanya kecewa

aku tak punya kekuatan
untuk apapun aku tak berdaya
diriku dan hidupku
ibarat sehelai daun yang gugur diarus sungai
terbuang dimana mana sahaja
sesuatu yang tiada nilaiNya

Aku selalu dalam ketakutan
namun aku terus mencuba berani
walau dihati bersarang kerisauan
keyakinan tak pernah ada
lumrah yang sedia untukku
hanya kegagalan,

Aku punya impian dan cita2
malangnya aku insan yang malang
ingin ku meneroka dunia cinta
tapi tiada cinta untukku

No comments: