Saturday, July 7, 2012

AKU YANG KAU PANGGIL SAYANG


Aku yang kau panggil sayang
Tak pernah menghilang
Meski dalam susah mahu pun senang
Aku tetap disampingmu, sayang..

Dulu kini dan selamanya
Cinta di hati tak berubah semakin bertambah
Di mana pun kuselalu ingin bersamamu
Biar siang meniti kesenja,kaulah segalanya

Aku yang kau panggil sayang
Tetaplah dengan panggilan itu
Tiada tempat untuk kumengadu
Hanya ingin selalu di hatimu

Aku yang kau panggil sayang
Dan engkau jua kupanggil sayang
Ukirlah cinta kuselamanya di hatimu
Bertaut janji setia di ranting kalbu..

No comments: