Tuesday, April 24, 2012

Ukhwah Itu Indah ,Apabila Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah

 
Pelajar : Ustazah,doakan saya ustazah,saya nak dapat 5A dalam UPSR ni. Serius.
Ustazah:Ya,insyaAllah saya doakan.
Pelajar : Ustazah kata nak doakan,tapi ustazah tak mintak nama saya pun. (Sedikit kecil hati kerana seolah-olah ustazah memandang kecil permintaanya)
Ustazah :Ya,apa nama awak?
Pelajar : Amirah, ustazah.
Ustazah : Kenapa awak macam beria-ia sangat ni?
Pelajar : Saya kena dapatkan 5A jugak,sebab saya nak tuntut hadiah dari mak
saya. Mak saya kata,kalau saya dapat 5A,saya boleh mintak apa saja. Mak
saya tak tahu lagi apa saya nak.
Ustazah : Boleh ustazah tahu apa permintaan Amirah?
Pelajar : Saya nak mak saya izinkan saya pakai tudung. Tu je ustazah. (matanya berkaca)

Ustazah terkejut dan tersentuh,lantas beliau mengangkat dua tangannya dan terus berdoa untuk si pelajar tadi. Dia beristigfar sebentar, kerana pada mulanya dia menyangka pelajar itu mahu hadiah kebendaan seperti ipad, laptop atau pekej pelancongan. Allahu Rabbi..Mulia hati pelajar ini ♥♥♥

Renungan :
1. berapa ramai yang tidak ada halangan dr ibu bapa untuk memakai tudung tetapi tidak mahu bertudung?
2. jangan memandang kecil permintaan orang sungguhpun orang itu hanya kanak-kanak

No comments: