Sunday, April 22, 2012

antara CINTA dan PERSAHABATAN

antara cinta dan persahabatan
andainya aku diberi pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya
akan ku pilih kedua-duanya
kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

cinta………
suatu ungkapan yang belum pastikan keindahannya
kerana disebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
pastinya merentap kedamaian jiwa
namun seorang pencinta setia
tatkala ikatan diundang kekeciwaan
namun ia betah menjemput setiap jiwa
yang punya hati dan perasaan
hakikat yang tersimpan anugerah ini
tak terungkai dengan bicara dibibir
tak tergambar dengan lakonan
begitu syahdunya kurniaan Illahi
lahir dari hati seorang insan
berakal bermosi penyayang dan berperasaan

persahabatan……….
suatu ikatan yang lahir dari hati
keinginan yang ikhlas
bagi berkongsi tangis, tawa,
kasih sayang dan keakraban
sesungguhnya sahabat adalah tempat bicara setulusnya
tentang impian dan pengertian hidup ini

persabahatan yang murni dan suci
adalah sebuah perhubungan
disulami dengan benang kejujuran
diwarnai dengan keikhlasan
dicurahi dengan kasih sejati
sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

teman yang budiman
mengerti maksud ku ini
sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecil ku ini
sejak perkenalan kita
kita bina tugu persahabatan
yang dipagari besi kedewasaan
yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
tak tumbang dek rintangan
hanya satu pintaku
agar dikau sentiasa mengingati diriku

No comments: