Wednesday, February 15, 2012

RESEPI SENANDUNG KEJAYAAN

BAHAN-BAHANNYA:

buku secukupnya (ikut selera masing-masing)
sebuah ketekunan (diparut dan ditanam dalam sanubari)
kerajinan
4 hiris keinsafan (dimayang)
beberapa potong nasehat
beberapa potong doa
sedikit dendam dan dengki (dihancur dan dilumatkan)
secebis malas (digoreng & ditumbuk)
segenggam harapan
1/3 cawan air mata
semangkuk azam (untuk hiasan)
sekuntum senyuman (pun untuk hiasan)


CARA-CARA MEMBUATNYA:

1. buku dipotong 5, basuh dan toskan. gaulkan buku dengan azam. biarkan seketika hingga mesra      keduanya.
2. ketekunan diperah untuk dijadikan 1 liter pati kesungguhan dan 2 liter usaha
3. keyakinan, kasih sayang, nasehat, doa dan harapan digaul bersama.
4. masukkan pula buku dan campur dengan usaha (dididihkan)
5. tambahkan kerajinan dan akhirnya masukkan kesungguhan (ditutup dengan keimanan)
6. apabila sudah berjaya, rasakan nikmatnya. kalau kurang sedap, tambahkan lagi dengan                ketekunan hingga secukupnya. masak lagi sehingga pandai. kemudian angkat
7. apabila sejuk, hidangkan dengan sebuah kebanggaan. lebih cantik lagi jika ditabur dengan kesyukuran dan hiaskan dengan sekuntum senyuman.

SELAMAT MENCUBA.......
 

2 comments:

Aiez & Berry said...

urm..okeh2..i'll try it..

muhammad daniel fariz said...

cuba laa.... pasti awak akan berjaya..... cuba dan terus cuba.... in sya ALLAh.... Allah x akan hampakan awak....