Wednesday, January 18, 2012

hadith mengenai wanita

18 HADIS MENGENAI WANITA



1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang lebih daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W tentang perkara tersebut,jawab baginda”Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak sia-sia”
2. Apabila seorang perempuan mengandungjanin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat kepadanya.Allah mencatatkan baginya setiap hari 1,000 kebajikan dan menghapuskannya 1,000 kejahatan
3. Apabila seorang perempuan mulai sakit ketika hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
4. Apabila seorang perempuan melahirkan anak,keluarlah diadari dosa-dosaseperti keadaan ibunya melahirkannya
5. Apabila telah lahiranak lalu disusui,maka bagi ibuitu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka allah memberinya pahal seperti memerdekakan 70 orang hambadengan ikhlas untuk membela agama
7. Barang siapa yang mengembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan allah dan orang yang takutkan allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya
8. Barang siapa yang membawa hadiah(barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya),maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendalhulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barangsiapa yang menyukakan/mengembirakan anak perempuan seolah-olah telah memerdekakan anak Nabi Ismail
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama,maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun)
10.                 Perempuan yang sembahyang 5 waktu,puasa bulan Ramadan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syuga mana yang dikehendakinya
11.                 Wanita yang solehah(baik)itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh
12.                 Aisyah berkata”Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang yang lebih besar haknya terhadap wanita??Jawab Rasulullah,”suaminya”.”Siapa pula yang berhak ke atas lelaki?”Jawab Rasulullah “Ibunya”
13.                 Apabila memanggil akan kau kedua ibu bapamu,maka jawablah dahulu panggilan ibumu
14.                 Wanita yang taat akan suaminya,semua ikan-ikan di laut,burung di udaramalaikat di langit,matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat akan suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya
15.                 Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dia di mana-mana pintu yang dikehendakinya tanpa dihisab
16.                 Wanita yang tinggal bersama-sama anaknya akan tinggal bersama aku(Nabi S.A.W)di dalam syurga
17.                 Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 saudara perempuan lalu bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab,maka baginya syurga
18.                 Daripada Aisyah r.a “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka


“Barang siapa yang mempunyai harta yang banyak,akan lama hisabnya pada hari akhirat”
(Imam Ahmad Bin Hambal)

No comments: