Thursday, December 1, 2011

luahan cerita buat renungan........ fikirkanlah.....

                kalau nak cari sebuah kereta yang 100 peratus menepati cita rasa kita memang tidak akan jumpa.... kalau nak cari sebuah rumah yang 100 peratus sesuai dengan kehendak kita memang tak akan jumpa..... kalau nak cari seseorang yang benar-benar perfect 100 peratus, baru hendak jadikan teman hidup memang tak akan jumpa... tetapi kalau ada cita-cita hendak modified kereta yang dibeli itu supaya sesuai dengan cita rasa kita mungkin tidak begitu bermasalah. kalau ada kemahuan hendak mengubah suai rumah yang baru dibeli itu supaya sesuai dengan keselesaan kita tentu tidak ada masalah. tetapi kalau beranggapan seseorang itu boleh diubah setelah sah menjadi pasangan, yang nie...... memang banyak masalh.....
                segalanya mudah dan senang untuk diubah kecuali MANUSIA..... apatah lagi kalau MANUSIA itu langsung tiada cita-cita untuk sama-sama berubah...... apakah itu bermakna kita tak boleh terima seseorang sehinggalah dia benar-benar sudah berubah atau dalam istilah lain dia telah 100 peratus perfect...???? cuba lihat keluhan dan luahan teman saya ini........
                "dulu, saya pernah dicintai seorang lelaki. kemudian saya menolaknya. tidak lama kemudian saya dipinang orang. juga saya menolaknya. alasan saya pada masa itu saya mahukan yang terbaik. kedua-dua lelaki itu tidak menepati kehendak saya. lelaki tidak soleh bagaimana hendak membimbing saya jadi solehah. tidak mungkin. tidak lama kemudian, ada seorang lelaki menagih cinta daripada saya. sudah tentu saya menolak, sebab bagi saya lelaki yang menagih cinta adalah lelaki tanpa pendirian dan cintanya adalah terlalu murah..... seingat saya sehingga kini ada tujuh lelaki telah saya kecewakan....... kini usia saya telah menjangkau 30-an, tiada lagi permintaan, tiada lagi pinangan dan tiada lagi hambatan...... tiba-tiba saya seperti baru terjaga daripada tidur, saya semakin dilupakan. pada usia sebegini, terasa benar sunyinya dan masa yang telah saya abaikan.... saya tidak pasti..... apakah tindakan saya selama ini betul..... ataukah saya terlalu memilih.....????"
                ini adalah sebahagian kecil masalah yg ditanggung ramai manusia hari ini dan masa kini...... tentu ramai yang terasa dengan kenyataan saya ini..... saya percaya ramai yang menghadapi masalah serupa..... tidak salah meletakan syarat 100 peratus perfect tetapi kenalah ingat untuk mendapatkannya bukanlah mudah...... jadi..... apakah penyelesaiannya...????
                oleh kerana mengubah MANUSIA tidak semudah modified kereta atau pun rumah, kena ingat, proses mencari yang terbaik memang susah, bahkan boleh jadi tidak akan berjumpa . jadi..... perlu toleransi dalam beberapa hal kecuali AGAMA..... AGAMA tetap menjadi sandaran dan juga pegangan. kalaupun tidak cukup baik lantaran tidak cukup ilmu, iktikad yang betul masih diperlukan untuk tersenarai sebagai calon. kalau pun jahat atau terlalu jahat macam "jemuan" kata orang utara....... paling tidak kejahilannya tidak hingga menafikan kewujudan ALLAH. kalau pun jahat sangat sekarang, perlu ada cita-cita untuk berubah pada masa akan datang... tidak kira bila atau sebab apa..... pokoknya ... bukan lagu "pokok" Hazama dan Meet Uncle Hussien ya....... kena ingat..... pokonya ada keinginan untuk berubah....
                 tapi sekali lagi kena ingat....... yang terbaik pada nilaian AGAMA seperti ini, bahkan kadang-kadang jauh lebih susah untuk mendapatkannya...... maklumlah.... pada kehidupan masa kini, kadang-kadang yang berPENDIDIKAN AGAMA juga tidak kurang bermasalah, jadi..... boleh lah diterima mereka yang tidak begitu perfect dari sudut amalan asalkan ada kesungguhan untuk belajar dan berubah... kena ada MOU daripada 'dia' yang tersenarai pendek (short- listed) untuk benar-benar menjadi MANUSIA BAHARU.
                perkuatkan lagi ciri-ciri ini dengan latar belakang pendidikannya, peribadinya, kawan-kawan dan keluarganya..... jika semuanya kelihatan okey....... walaupun ada kecacatan atau kekurangan disana sini 'dia' masih boleh diterima, sebab keadaan- keadaan ini boleh diubah untuk mereka yang memang mahu berubah......
               

No comments: