Friday, December 30, 2011

CINTA TANPA NODA..

tak mampu kudustai rasa ini,
cukuplah dgn pertautan hati,
belum masanya berhubung saban hari,
... awasi hati & anggota takutkan Illahi.

aduh!
beratnya menggalas perasaan cinta,
tatkala pacaran menjadi budaya,
mujurlah wahyu menunjuk cara,
jgn diikut sebahagian besar manusia.

cintaku bkn cinta murahan,
jati diri benteng pertahanan,
cabaran komunikasi kutundukkan,
mengawal hati formula kekuatan.

aku berazam pada diri,
kuingin mahligai kasihku berdiri,
tanpa kenangan cinta yg dicemari,
tanpa noda kemurkaan Illahi.

kuingin hadiahkan cinta suci,
buat insan yg kunikahi,
dengan Allah sebagai juri,
bukan nilaian nafsu sendiri.

1 comment:

cikgu det said...

Cinta bukan mesti bersatu..hehe