Monday, October 3, 2011

rawatlah hati akibat terpisah....

salam semua
salam satu malaysia

Bila kurasakan tiadanya hidup
ternyata hanya kasih sayang MU
yang mampu membimbing tanganku

anda kehilangan??? dia pergi meninggalkan anda?? apakah anda sedang bersedih sekarang??/ anda sudah berada di jurang neraka??? ahhhh...... mengapa terlalu cepat patah semangat??/
janganlah terlalu bersedih kerana setiap yang kita temui dan pernah bersama-sama kita, hujungnya akan pergi jua.... tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia amat kita sayang...... kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimanapun kita cuba mengelaknya..... doakan dia bahagia di alamnya yang serba misteri itu.....
seandainya dia pergi disebabkan kematian, redhalah atas pemergian itu. buktikan kecintaan abadi anda dengan memanjatkan doa dan bersedekah AL-FATIHAH banyak2 buatnya, agar dia dialam sana mendapat manfaat daripada kasih sayang serta kecintaan abadi anda itu. usah terlalu ditangisi sebab kita juga tidak akan selamanya tinggal di bumi ini. tiba masanya kita akan menyusul juga. moga2 kita memperolehi syurga disana nanti......
andainya dia pergi akibat perpisahan cinta, biarkanlah sebab setiap orang berhak menentukan siapa yang mahu dicintainya dalam hidup. jika dia memilih orang lain, biarkanlah sebab kita juga berhak membuat pilihan. tidak perlu kita terlalu menyesali satu-satu perpisahan sebab kita tidak pernah tahu apakah setiap pertemuan itu baik buat kita atau sebenarnya perpisahan lebih bermakna untuk kita, demi kebaikan kehidupan kita di dunia juga akhirat.....
sesungguhnya setiap yang bermula akan ada akhirnya, walau bagaimana kita mengharapkan satu2 pertemuan itu berkekalan, namun tiba masanyaakan terpisah jua......

No comments: