Tuesday, October 18, 2011

bg mereka yg belum kawin..... baca laa kalau rajin....

Yezza ~ Entri jiwang kali ini. Dalam hati ada taman kan. Ada bunga Matahari, hias-hias Pink, ada ungu-ungu, pergh ~ . Siapa yang membaca harap bersedia untuk membuka minda. Selepas itu, terpulang kepada tindakan kita masing-masing, kan?
Sememangnya untuk mereka yang belum kahwin, kalau yang sudah kahwin, khas untuk lelaki jak, sebab lelaki ada kuota lagi, haha. Apa persoalan yang timbul sebenarnya? Jeng3x~ Layan ~

******************************

1. Saya dah jatuh hati kat dia la… macam mana ni?


“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.
Surah An-Nur: 32


“Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.
Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas


“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.
Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. Tapi saya tak cukup duit nak kahwin la, huhu.


“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya”.
Surah An-Nur : 33


Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
Hadis Riwayat Muslim

3. Memang tak cukup duit atau tak mampu nak kahwin, kalau diam nanti, takut kena kebas pula, huhu.


Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Surah Al-A’raf : 128


“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Surah Al-Hajj : 40


“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”.
Surah Alam Nasyrah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

4. Tapi saya dah syok kat dia.. I can’t live without him/her..


“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.
Surah An-Nur : 30


“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”.
Surah Al-Jatsiyah : 18


“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta pun bukan selalu dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. ktorang tak penah pun berdua-duaan…


“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”.
Surah Al-Isra : 32


“Pandangan adalah panah beracun dari panah-pandah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.
Musnad Ahmad


“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”.
Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya tiada jodoh nanti.. saya rasa cuma dia seorang jak yang boleh terima saya..


“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Surah Yasin : 36


“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”.
Surah Az-Zukhruf : 12


“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”.
Surah Ar-Rum : 21

7.  Rasa macam susah jak nak cari jodoh.. give up lah saya camni!


Abdullah Ibnu MAs’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t.  (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”.
Riwayat Ibnu Majah.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”.
Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

No comments: