Friday, September 30, 2011

kelapa (nyok, nyiur) pun ada cerita tau.....

hai sayang.... asalamualaikum buat semua...... salam satu malaysia........ selamat malam dan selamat sejahtera buat semua...... x der cerita yg menarik...... hati masih lagi dlm keadaan terkejut dan sedih.......  so nak hilangkan semua tu... nie la hasilnya yg aku cuba garapkan buat tatapan semua....... terutamanya buat adik aku.(adik aku ker..???) NUR AFIQAH FARHANA............ juga mama KU MARIA..... ....

pernahkah anda mendengar kisah kelapa tua...??? kalau kita hayati kisah kelapa tua nie.... kita akan sedar betapa terkadang begitulah "orang tua" ...... harus mengorbankan  hidupnya demi kebaikan semua. lazimnya elok2 kelapa tua itu tergantung-gantung diatas pokonya sambil menikmati keindahan dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah panjang. tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. bukannya selesa kena jolok-jolok macam tu..... kan...???? kalau tidak dijolok pun mesti ada HAMBA ALLAH yang sanggup memanjat untuk dijatuhkan pulak... kan...??? apabila tangkainya sudah lemah, gugurlah ia menghempas bumi... gugur itu pula bukannya rendah.... bunyinya pulak berdentum sampai ke tanah.... kalau calang2 buah, boleh berkecai.... kalau kepala orang, boleh bersepai otaknya.... masalah kelapa tua tidak terhenti disitu. ia dikutip dan sabutnya dikoyak-koyak dengan parang... proses nie plak bukan takat sekali tetak... banyakkk .... bayangkan berapa banyak kali mata parang menusuk ke dlm kulit sabutnya......sampai laa tempurung jer yg tinggal..... ditetak plak ngan parang dengan kuat hingga terbelah dua..... maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perut dan terdedahlah isinya......

 bagi kebanyakan kehidupan yg lain... kalau sudah sampai tahap niee..... selesailah sudah dan tamatlah sudah riwayatnya.....tetapi bukan kelapa tua...... ini hanya permulaan dan pertengahan sahaja..... banyak lagi yang nak dilalui dan seksaan yang bakal menanti...... sekarang kelapa tua diparut dan dikukur. tempurungnya dibuang. kadang2 dibakar. bentuk asalnya sudah tiada.... yg tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan diparut. untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dlm isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. kemudian ditapis menjadi santan, kelapa tua yg dulunya keras dan bulat sudah menjadi cecair yg putih. setelah itu minyak dipanaskan dlm periuk atau kuali. bawang merah, rempah dan rencah2 yyg len ditumis.... bila kelihatan kuning... dituanglah santan tadi ke dalam periuk @ kuali tadi.... mendidih santan sampai terkeluar minyak....bila sudah masak.. bau harumnya merebak keseluruh ceruk rumah.... org pun sibuk bertanya..... "gulai apa tu...???"....... " gulai ikan bawal" jawab org dapur..... gulai dan ikan bawal yg dapat nama.... mana perginya santan..??? padahal tanpa santan tidak akan sedap masakan itu.....

lebih menyakitkan dalam hayat buah kelapa tua bila orang yang makan gulai itu berkata "oiiii .... sedap betul laa gulai nie.... sedap laa ikan bawal nie....!" dimana santan sedangkantanpa santan x akan sedap makanan tuuu.... dan bila sesuatu masakan kurang sedap atau cepat basi, orang akan berkata, "sebab ada santanlah niee, cepat basi!" yang buruk santan juga, si kelapa tua tuu tadi laa...... natijahnya cara kita sebagai orang tua berfikir harus tidak boleh sama dengan cara orang muda berfikir.... ketika orang muda berlumba2 untuk membina nama dlm apa2 jua usaha hidup, kita sebagai orang tua semakin meningkat kefahaman dan kesedaran kita untuk berbakti kepada ALLAH. biarlah jasa2 kita tidak nampak di mata orang tetapi ada dalam perhatian ALLAH.

 saya pernah ditanya oleh seseorang tentang 'JIWA MUDA DIHUJUNG USIA." ini laa jawab saya....... seharusnya hidup niee perlu diseimbangkan dengan usia ..... sebab KEMATANGAN mengikut pada USIA. seorang kanak2 bila menjadi remaja, cara berfikirnya masih kanak2. jadi. pada setiap orang tua yang merasakan jiwanya masih muda sedangkan usianya telah meningkat tua... kembalilah selarikan pemikiran......

1 comment: