Tuesday, July 26, 2011

pantun berpisah kerana kecewa.....

Ayam didik disambar helang
dari sumur sampai kekali
Tinggal cik adik abang pulang
Panjang umur jumpa kembali

Kalau bunga dikacau kumbang
Habiskah layu kering mati
Bila berjauhan hatiku bimbang
Adik akan berubah hati

Kayu jati buat tenggala
Kerbau berdua dipakaikan galang
Rasa hati bagai nak gila
Ayam seekor disambar helang

No comments: