Monday, June 13, 2011

TEMAN........ BUAT NOR FITRAH MODH ZAINOL

teman......
tika ini kita masih lagi di sini
sama-sama meniti lembaran hati
menimba ilmu sebagai bekalan hari depan
tapi masa itu akan berlalu
walaupun dirayu

dan kerana itu,..... aku sesungguhnya
menanti hari esok kerana
masa untuk kita bersama semakin dekat
esok atau lusa
masa untuk kita berpisah pasti akan tiba
untuk mengejar cita-cita kita
dengan haluan yang berlainan
betapa singkatnya waktu

oleh itu
sebelum langkah ku orak pergi
sebelum salam terakhir dihulurkan
hargailah kesempatan yang ada
maafkanlah diri ini andai......
tersalah kata terlanjur bahasa
izinkan diri ini membawa kenangan kita
walau di mana kaki berlabuh

1 comment:

Norfitrah said...

tq..saya hargainyaa..kita x berpisah..cuma berjauhan..!!