Thursday, May 5, 2011

IMPIAN X TERLAKSANA......... SUPER HERO......

hai semua...... mari mari mari........... dekat lagi......... mari......... 
mari kita tengok sapa yg kena....... hahahaha.......
aku suka la dengar suara Sheila Rusli dan Ibrahim pendek bila cakap cam kat atas td tu....
hmm...... kali nak cerita pa lak yer...... 
ooooo ......baru aku teringat...... SUPER POWER....... eh eh eh ...... silap SUPER HERO......
setiap org kat dunia nie mesti ada yg suka berangan-angan........ termasuk la ngan aku.....
kali nie aku nak berangan-angan nak jadi manusia yg ada super power dan leh jadi super hero...... he he he 




cerita bermula..................... jeng.... jeng..... jeng.......
pada suatu malam ASTRO ada menayangkan kisah seorang lelaki yang mempunyai kekuatan yang luarbiasa. Kisahnya cukup menarik dan secara tidak langsung angan-angan fantasiku tercetus, bahawa lelaki yang tergambar di screen TV itu adalah aku............ anak muda yang tiba-tiba saja dibayangi oleh watak super hero tersebut. Selesai saja persembahan yang memikathatiku itu, aku masuk ke kamar. Terbaring menatap bumbung rumah dengan perasaan yang berbagai. Alangkah baiknya kalau kehebatan lelaki itu menjelma ke dalam diriku. Khayalanku menerawang jauh. 
Tanganku melekat di dahi. Gelembung-gelembung buih anganku melambung ke udara dan fikiranku juga terbang seperti burung. Menjelajah ke segenap ufuk impian...... Di bilik yang agak sedekit kelam dengan warna cahaya kebiru-biruan,aku berdiri tekun menyelidik suatu teori tentang sel-sel elektrik. Aku melakukan eksperimen tentang bagaimanakah caranya untuk memasukkan sel-sel elektrik tersebut ke dalam tubuh manusia melalui pancaran gamma.
Eksperimen itu kulakukan terus tanpa mencuba terlebih dahulu kepada kehidupan atau objek lain. Maksudku, eksperimen itu kulakukan terhadap diriku sendiri.Bilik yang kelam dan suram itu tiba-tiba menjadi cerah dengan pancaran sinaran merah yang terhasil dari eksperimen itu. Dalam jarak masa lima minit kemudian, cahaya merah itu padam tanpa kurasa apa-apa perubahan terhadap diriku. Pada mulanya aku tidak yakin akan berjaya, tetapi akhirnya keyakinanku kembali menjelma. Eksperimenku pasti berjaya!
Keesokkan harinya, aku pun mencuba kebolehanku yang terhasil dari eksperimen itu.Dalam tubuhku terasa wujud suatu aliran elektrik yang misteri. Aku yakin aku mempunyai kebolehan tertentu yang tersembunyi bersumberkan dari tenaga elektrik. Aku cuba menudingkan jari telunjukku pada sebatang pokok jambu yang sedang berbuah lebat. Tiba-tiba dari hujung jariku terpancar sejenis cahaya yang seakan-akan kilat menembusi pokok jambu tersebut, ianya bergegar kemudian tumbang hangus dan rentung. Buah-buahnya berkecai dan melambung ke udara. Aku terpegun... takjub dengan kebolehanku itu.
Nak dijadikan cerita ...... aku keluar berjalan-jalan di bandar pada petangnya dan bertembung dengan suatu babak  rompakan bank.Aku lihat perompak-perompak itu menggunakan senjata api.... mereka cuba melarikan diri dengan wang yang telah dirompak....aku pun apa lagi..... cuba la gunakan kuasa yang ada pada aku....... sambil menuding jariku ke salah seorang perompak tersebut.Cahaya kilat yang keluar dari hujung jariku mengenai sasaran yg ditujukan..... tergoleklah seorang mangsa (perompak ).
dalam kesibukan mengejar seorang lagi dengan menggunakan kuasa daya pecutku yang sepantas kilat, aku tergelincir dan jatuh kedalam longkang besar yang penuh dengan air. Badanku tiba-tiba berasap. Asap yang berkepul-kepul naik menarik orang ramai ketempatku. Aku menjadi lemah,letih dan lesu ...... tubuhku pedih , pilu bagai disentuh berjuta-juta arus elektrik.Aku meraung - raung x keruan. Orang ramai ketakutan dan lari bertempiaran. Aku terkejut besar. Serentak dengan itu, segala khayalanku dan gelembung buih anganku pecah bertaburan...... Aku mengucap panjang....."hmmmmm susah juga menjadi seorang super hero,malah lebih susah dari menjadi seorang manusia biasa" keluh hatiku.......

No comments: