Tuesday, May 17, 2011

BILA JIN DATANG MENOLONG

hai bolggers semua.... nie nak cerita psal zaman aku budak-budak dulu ....
haaa sapa nak baca... sila kan... kalau x nak ... heh heh heh ... tau-tau la sendiri....

"TAPI, ngapa Tuhan tak datang tolong kita"
"Tuhan tak datang sendiri.... Tapi kalau kita minta dan kalau kita betul-betul dalam kesusahan .... Tuhan akan tolong."
Dan seperti selalu mama mula bercerita......
Malam ini mama bercerita mengenai Aladin,bagaimana susahnya dia setelah kehilangan bapa. Bagaimana menderitanya dia terkurung dalam gua angkara ahli sihir yang jahat dan bagaimana akhirnya dia mendapat pertolongan dari JIN!!!!
JIN!!! Segalanya kembali cerah bagi aku.Aku amat yakin Tuhan akan menolong kami, dan Dia akan menghantar 'jin' untuk memberi pertolongan itu bila kami benar-benar memerlukannya..... yaaa.Sejak hari itu, aku tidak pernah lupa berdoa kepada Tuhan sebelum tidur,meminta kepadaNYA untuk menghantar 'jin' bagi menolong kami....
Kerana itu setiap malam apabila aku memohon Tuhan menghantar 'jin' untuk menolong kami,aku mulai ragu-ragu..... apakah Tuhan akan memakbulkannya.Mama terus-terusan menasehati aku supaya baik,jujur,ikhlas dan jangan menipu!
Namun suatu petang aku benar-benar memerlukan bantuan yang lebih besar.Aku pergi mengambil kelapa dari sebuah rumah. Lebih seratus lima puluh biji semuanya. Biasanya apabila banyak demikian aku terpaksa berulang-alik untuk memunggahnya dengan basikal..... Petang tu.. saja malas berbuat demikian.....Aku cuma memuatkan kelapa yang telah berkupas itu ke dalam sebuah guni besar dan tuannya menolong aku mengangkat guni itu ke tempat barang dibelakang basikal aku.
Ditengah jalan aku berselisih dengan sebuah lori,menyebabkan aku terpaksa rapat ke tepi jalan.Basikal aku menggigil sehingga tidak dapat dikawal lagi,lalu aku terjatuh.....
Aku cuba bertenang.Ramai orang yang lalu-lalang dengan basikal disitu,tetapi tidak seorang pun yang berhenti untuk menolong.Aku membukakan ikatan guni daritempat barang basikal,menegakkan semula basikal itu dan cuba mengangkat guni berisi kelapa itu.....Aku gagal.... Muatannya terlalu berat untuk seorang budak berumur sepuluh tahun.Beberapa kali aku mencuba....tetapi tetap gagal..... Aku mulai takut....takut dimarahi oleh bapa kerana perbuatan yang bodoh itu.....
Ketika itulah aku bermohon Tuhan menghantar 'jin' menolong aku....... Dan dengan permohonan yang tulus itu.... aku memejamkan mata lalu mengangkat guni sarat itu. Tiba-tiba saja ia terangkat dengan mudah.....aku mengikatnya kembali dengan kuat dan berbasikal semula dengan riang sehingga ke kedai.Sepanjang malam itu aku bersyukur kepada Tuhan kerana telah menghantar 'jin' menolong aku,walaupun aku tidak dapat melihatnya seperti Aladin. Kerana itulah sehingga kini aku merindui zaman kanak-kanak itu setiap kali menghadapi kesulitan...... Tapi adakah 'jin' sahabat aku itu akan datang lagi menghampiri aku yang telah penuh dengan dosa seperti sekarang....????

No comments: