Tuesday, April 5, 2011

petua dulu kala

Petik labu yang telah tua,
 sebaik-baiknya yang mahu dijadikan benih.
Ambil tangkainya yang dekat dengan buah,
iaitu bahagian tangkalnya.
Potong nipis sebesar wang syiling 50 sen atau 20 sen.
Bahagian atasnya ditebuk untuk membuat lubang yang kemudiannya dicucuk dengan benang hitam.
Masukkan ke leher kanak-kanak itu untuk dijadikan rantai leher.
Mudah-mudahan air liurnya akan berhenti dalam masa sebulan atau dua minggu.

No comments: