Friday, April 15, 2011

BAIK=BAIK....... SAYANG.........

Cinta hanya sebuah keindahan perasaan.. Memang perit menghadapi kenyataan bila apa yang di cita tidak selari dengan rasa yang mencengkam..
Entah di mana sedang hati masih lagi erat mendakap erti cinta luka.. Tak ingin tatap wajah lembut dihiasi air mata.. Tak mahu terus merenung selaut wajah yang duka.. Tak ingin lagi melihat kamu menangis bersedih..
Pintaku cuma hapuskan saja kesedihan yang lara.. Usaplah air mata yang mengalir itu..
Hadapilah dengan senyuman akan hari harimu.. Tak ingin lagi melihat kamu melayang dalam duka..
Kerana bagiku kamu kesayanganku.. Kerana jauh mana kamu menjauhiku, tetap kamu dalam kehormatanku.. Mana rasamu yang dulu, masih tetap segar masa kiniku.. Kerana bagiku kamu selalu ada denganku.. Ada dalam hatiku..
Jauh ku pergi meninggalkan dirimu.. Namun masih ada lagi getaran yang bersisa seolah tak mungkin akan hilang.. Menanti detik waktu mohon agar pudar akan rasa.. Rasa kadang amat susah untuk di tinggalmu.. Mungkin kerana sayang.. Mungkin kerana cinta.. Tapi yang pasti bukan kerana benci..
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu.. Baik baik sayang walau tiada aku untukmu~

No comments: